14 Januari 2011
ADUN SELINSING KEMALANGAN
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana YB tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya kereta yang dipandu beliau mengalami kerosakan.
YB berada dalam keadaan baik dan insyaAllah berita selanjutnya akan dipaparkan dalam blog ini dengan sedikit paparan gambar di tempat kejadian.
Terima Kasih
10 Januari 2011
KEBAKARAN DI CHANGKAT LOBAK
Menurut tuan punya kedai runcit di situ Sdr. Hanafi bin Darus 62 tahun, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 4.00 pagi, ketika semua orang sedang nyenyak tidur. Kebakaran ini melibatkan 2 pintu kedai runcit, Stor menyimpan barang, sebuah Kedai komputer dan sebuah rumah kediaman. Kerugian dianggarkan berjumlah RM 100,000.00, namun mereka tetap bersyukur kerana tidak melibatkan nyawa.
Setelah dimaklum oleh seorang sahabat di sana YB Husin (Adun Selinsing) terus bergegas ke tempat kejadian walaupun tempat kejadian berada di dalam Dun Alor Pongsu namun sebagai Timbalan YDP PAS Bagan Serai dan Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Bagan Serai berasa bertanggung jawab untuk mendalami kesengsaraan yang di alami oleh penduduk yang terlibat. YB Husin meminta supaya mangsa bersabar menghadapi musibah yang berlaku dan mengingati yang lain supaya berhati-hati dan anggaplah kejadian ini suatu peringatan dari Allah supaya kita sentiasa mengingatiNya.
26 Disember 2010
PENGAJIAN PONDOK UNTUK LEPASAN SPM

UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM 2010
TERBUKA KEPADA PELAJAR YANG SEDANG MENUNGGU KEPUTUSAN SPM (70 ORANG)
PENDAFTARAN PELAJAR PADA 9HB JANUARI 2011
BERTEMPAT DI SURAU AL-ANSAR, ALOR PONGSU ( SURAU TN GURU HAJI SABRAN ASMAWI)
MATAPELAJARAN YANG DITAWARKAN
-NAHU -
-SHAROF -
- TAUHID -
- FEQAH -
- HADIS -
- TAFSIR -
- SIRAH -
- TASAUF -
- MABADI ULUM -
MAKLUMAT LANJUT DAN PENDAFTARAN PELAJAR
HUBUNGI :
USTAZ MOHD SABRI BIN HAJI SABRAN ( 019-4144225 )
13 Disember 2010
MAJLIS BERKHATAN
07 Disember 2010
PENGHARGAAN KEPADA JPS
06 Disember 2010
Perutusan Ma'al Hijrah YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
- Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42
Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.
Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.
Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.
Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.
Sekian.
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Pejabat Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 28 Zulhijjah 1431H / 5 Disember 2010M
24 November 2010
ZIARAH KEMATIAN MENDIANG TAY KIM SENG
Turut serta dalam sesi ziarah tersebut ialah Puan Hajjah Latifah Bt Salleh, isteri YB ADUN Gunong Semanggol, Puan Hajjah Rohaya Bt Bakar, Ketua Dewan Muslimat PAS Bagan Serai, Mr. Beh Heng Kin, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bagan Serai dan beberapa orang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bagan Serai.
Ketibaan rombongan disambut mesra oleh kaum keluarga mendiang dan juga tetamu-tetamu yang turut hadir menziarahi dan memberi penghormatan terakhir.
Menurut waris, mendiang meninggal dunia pada usia 86 tahun di rumah beliau di Jalan Jetty akibat sakit tua pada hari Selasa lalu, 23 November 2010.Menurut waris juga pada ketika sesi lawatan, kesemua ahli keluarga terdekat telah tiba dan mendiang dijangkakan akan disemadikan di tanah perkuburan di Taiping pada hari Sabtu yang akan datang.
Dikesempatan itu juga, kedua-dua YB sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir dan berada di sana sekitar 30 minit.Berikut ialah beberapa gambar sekitar sesi ziarah tersebut :
03 November 2010
LAWATAN AHLI JEMAAH PENGARAH PPK GUNONG SEMANGGOL / SELINSING KE LADANG PADI SIME DARBY SUNGAI GEDONG
Kesemua lapan orang Ahli Jemaah Pengarah termasuk GM PPK Gunong Semanggol / Selinsing tiba di ladang padi tersebut pada jam 9.00 pagi dan di sambut oleh beberapa kaki tangan ladang disusuli dengan taklimat ringkas mengenai perjalanan kerja di ladang.
Turut serta dalam lawatan ini ialah YB Tuan Haji Husin Bin Haji Din, ADUN Selinsing yang juga merupakan salah seorang Ahli Jemaah Pengarah PPK Gunong Semanggol / Selinsing.Berikut adalah beberapa gambar yang sempat di rakam semasa sesi lawatan ke Ladang Padi Sime Darby, Sungai Gedong :
25 Oktober 2010
SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN
25 oKT 2010; Pihak pengurusan PASTI Bagan Serai bersama Lajnah Kebajikan Pas Kawasan Bagan Serai, menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Maahad Al_Ridzuaniah Telok Medan yang melibatkan sebuah rumah seorang guru KAFA. Rumah yang di huni oleh Ustazah Asmah Bt Mat Kahar,33 bersama 3 orang anak beliau hangus dijilat api pada Khamis lalu. YB Husin bersama rombongan dari Jawatankuasa PASTI Bagan Serai yang di ketuai oleh Sdr Azraei selaku pengerusi PASTI Bagan Serai. Sumbangan berupa sedikit wang tunai dan barangan keperluan harian dan barangan keperluan sekolah anak-anak beliau. Ustazah Asmah sekarang menumpang dirumah adik beliau yang juga guru di SABK Al-Ridzuaniah

18 Oktober 2010
IKHTIFAL PASTI BAGAN SERAI
Majlis yang bermula jam 9.00 pagi dianjurkan oleh Jawatankuasa PASTI Bagan Serai yang diketuai oleh Sdr Az'raie, antara acara yang dilangsungkan pada hari itu seperti hafazan al-quran, khutbah, bercerita serta nasyid. Semua acara tersebut di wakili oleh kanak-kanak PASTI. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh YB Hj Husin Din, beliau menegaskan bahawa anak-anak adalah aset negara yang perlu dijaga dengan baik, berilah pendidikan yang terbaik kepada mereka, dekatkan mereka dengan Allah.
15 Oktober 2010
ZIARAH MANGSA KEBAKARAN
Khamis 14 Oktober 2010-Kampung Sungai Baru, Selinsing-Sekitar jam 11.30 pagi, YB ADUN Selinsing telah menerima satu panggilan daripada mesyarakat setempat yang memaklumkan berlaku satu kebakaran di Kampung Sungai Baru, Selinsing.
Prihatin dengan aduan rakyat, YB Haji Husin telah bergegas ke destinasi yang dikhabarkan berlaku kebakaran tersebut untuk meninjau keadaan.
Menurut maklumat daripada mangsa kebakaran tersebut, Encik Zainuddin Bin Bakari , ini ialah kejadian kedua rumah beliau terbakar dimana pada tahun lalu telah berlaku kali pertama dan kejadian kali kedua ini turut memusnahkan harta benda dan juga rumah beliau yang baru dibina selepas kejadian pertama dahulu.Daripada maklumat awal yang diterima, kebakaran ini berpunca daripada litar pintas sistem pendawaian eletrik rumah beliau.
Namun begitu beliau bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran tersebut dan redha dengan ketentuan yang berlaku.Pihak YB ADUN Selinsing mengucapkan takziah diatas musibah yang melanda keluarga Encik Zainudin dan mengharapkan beliau sekeluarga tabah menerima ujian kebakaran untuk kali kedua ini.
12 Oktober 2010
PRIHATIN ADUAN RAKYAT : OPERASI BERSAMA JABATAN PERHILITAN
Jerat tersebut dipasang memandangkan aduan rakyat setempat yang mengadu kera-kera liar terlalu banyak dan mengancam tanaman penduduk setempat.Hadir dalam operasi tersebut ialah wakil dari Jabatan Perhilitan Daerah Kerian dan juga penduduk setempat bagi membantu wakil-wakil Jabatan Perhilitan menjalankan kerja-kerja memindahkan kera-kera yang berjaya dijerat.Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan semasa operasi berjalan.
Kera yang telah dibius dengan pelali dimasukkan ke dalam sangkar yang lebih kecil untuk dipindahkan ke kawasan yang sesuai agar tidak mengganggu tanaman penduduk kampung.
Operasi selesai kira-kira jam 10.30 pagi dan 2 ekor kera berjaya di bius dan akan dipindahkan ke kawasan yang lebih sesuai agar tidak lagi menggangu tanaman penduduk.Bagi pihak penduduk Kampung Parit Haji Aman,YB mengucapkan jutaan terima kasih diatas keprihatinan pihak Jabatan Perhilitan Daerah Kerian dalam usaha membantu menangani masalah gangguan kera terhadap tanaman yang penduduk kampung usahakan.
