29 Ogos 2010

Majlis berbuka puasa PBTMl


Persatuan Bekas Tentera Malaysia {PBTM} Daerah Kerian Bagan Serai telah mengadakan majlis berbuka puasa dimasjid Simpang Empat Semanggol pada hari isnin 23 Ogos 2010 yang turut dihadiri ADUN Selinsing YB Hj. Husin. Beliau juga merupakan saorang ahli PBTM, berkhidmat dalam Kor Regimen Semboyan Malaysia sebagai Yomen Semboyan (YOS). Sedang menyampaikan cendera hati kepada salah saorang bekas tentera dimajlis tersebut.



Rombongan Muslimat Kawasan & Pemuda Negeri.


YB Husin sedang menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran Pn. Zaiton di Kg Samagagah sambil diperhatikan oleh ustz Zawawi ketua pemuda pas negeri.

24 Ogos 2010

ZIARAH MANGSA KEBAKARAN DAN MANGSA KEMALANGAN



Yb Husin Din, ADUN Selinsing, Ustaz Zawawi Abu Hassan, Ketua Pemuda PAS Perak merangkap Ketua Pemuda Kawasan Bagan Serai dan Encik Azrai ,Penyelaras PASTI serta wakil PASTI Kawasan Bagan Serai di tapak rumah mangsa kebakaran



Ahli-ahli rombongan hadir ke dewan orang ramai yang menjadi tempat berteduh sementara mangsa kebakaran untuk menyampaikan sedikit sumbangan.





Wakil muslimat yang hadir dalam rombongan tersebut menyampaikan sedikit sumbangan kepada wakil keluarga mangsa kebakaran.




YB Husin Din menyampaikan sumbangan untuk wakil keluarga mangsa kebakaran sambil diperhatikan wakil PASTI & Ketua Pemuda PAS Kawasan Bagan Serai serta ahli rombongan yang lain.


ZIARAH SAUDARA RIDZUAN YANG KEMALANGAN




Ahli rombongan tiba di rumah Encik Ridzuan dan disambut keluarga beliau



YB Husin Din mewakili rombongan yang hadir menyampaikan sumbangan kepada Encik Ridzuan



YB Husin Din dan ahli rombongan bergambar bersama Encik Ridzuan dan keluarga sebelum berangkat pulang.


SELINSING - Sabtu, 22 Ogos 2010 YB Husin Din telah berkesempatan untuk hadir bersama Ustaz Zawawi Bin Abu Hassan,Ketua Pemuda PAS Perak merangkap Ketua Pemuda PAS Bagan Serai serta wakil dari PASTI Kawasan Bagan Serai bagi dua majlis menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga yang ditimpa musibah di dalam kawasan DUN Selinsing.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil muslimat DUN Selinsing bagi tujuan ziarah dan juga menyampaikan sumbangan tersebut.

Keluarga pertama yang diziarahi ialah keluarga Encik Umar dan Puan Zaiton di Kampung Sama Gagah Selinsing dimana rumah yang didiami mereka hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran yang memusnahkan semua bahagian rumah dan keperluan harian mereka.

Kini, semua ahli keluarga mereka ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Sama Gagah untuk tempat berteduh sementara sebelum ikhtiar lain diusahakan bagi penempatan mereka bagi menggantikan rumah mereka yang hangus terbakar.

Selesai menyantuni keluarga mangsa kebakaran tersebut, kesemua ahli rombongan tersebut meneruskan misi penyerahan bantuan kepada keluarga Encik Ridzuan di Kampung Sungai Pinang dimana beliau telah ditimpa musibah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dan menyebabkan kecederaan yang memerlukan beliau bergerak menggunakan kerusi roda untuk setiap urusan seharian.

Dalam kedua-dua ziarah tersebut, rombongan telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan juga sedikit barang-barang keperluan harian bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kdua-dua keluarga tersebut.

22 Ogos 2010

ZIARAH KEMATIAN KAUM CINA DI BAGAN SERAI GARDEN


Kehadiran Yb Husin disambut oleh sanak saudara,sahabat handai dan masyarakat sekitar kediaman mendiang


Bersama Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Bagan Serai menyampaikan ucapan takziah kepada waris mendiang




Rombongan yang turut serta dalam sesi ziarah bergambar bersama waris mendiang.


Taman Bagan Serai, 21 Ogos 2010-selesai menunaikan solat tarawih di Surau Parit Gabis, YB Tuan Haji Husin diiringi oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan Serai, Puan Hajjah Rohaya Binti Bakar dan pengiring serta Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bagan Serai Mr. Beh Heng Kin dan pengiring telah berkesempatan menziarahi satu lagi kematian masyarakat kaum Cina di Taman Bagan Serai ( Bagan Serai Garden ) berhampiran bangunan bekas pasaraya highway.Kesemua rombongan tiba di kediaman mendiang pada jam 10.30 malam dan kehadiran semua rombongan disambut baik dan mesra oleh waris mendiang, Mr. Saw Hock Guan, 67 Tahun dan juga sanak saudara , jiran tetangga dan sahabat handai yang kebetulan juga hadir menziarahi dan menyampaikan ucapan takziah.

Menurut Mr. Saw, mendiang ibunya, Ng Kee Yau yang berumur 90 tahun meninggal dunia kerana sakit tua di Hospital Taiping dan dijangkakan akan disemadikan pada hari selasa 24 Ogos 2010.

Rombongan YB Husin juga sempat meluangkan masa sekitar 30 minit dan berbual mesra bersama hadirin yang hadir dan juga waris mendiang.Selesai sesi ziarah tersebut YB husin berangkat pulang dan sebelum pulang beliau sempat bersalaman dengan hadirin yang ada dan sekali lagi menyampaikan ucapan takziah kepada waris-waris si mati.

Sesi ziarah berakhir sekitar jam 11.15 malam.

04 Ogos 2010

ZIARAH KEMATIAN KAUM CINA DI SUNGAI GEDONG

YB Tuan Haji Husin sedang beramah mesra bersama jiran tetangga mendiang yang turut hadir menziarahi mendiang.



Beberapa penduduk kampung melayu berhampiran dan juga AJK PAS Cawangan Sungai Kepar turut hadir mengiringi YB Haji Husin menziarahi kematian tersebut.



Yb Tuan Haji Husin dan Pengerusi Dewan Hinpunan Penyokong Pas Bagan Serai, Mr. Beh Heng Kin menyantuni penduduk setempat yg turut hadir




Mr. Beh memberi sedikit penerangan kepada YB Haji Husin mengenai mendiang ketika sesi ziarah tersebut.




Sungai Gedong- 4 April 2010, YB ADUN Selinsing , Tuan Haji Husin Bin Haji Din telah berkesempatan menziarahi satu lagi kematian di Taman Gedong Indah, Sungai Gedong. Menurut maklumat yang diperolehi, mendiang yang berusia sekitar 70 tahun meninggal dunia akibat penyakit kanser yang turut dihidapi oleh anak mendiang Mr. Ng Tiam Chai yang kini berusia 41 tahun dan tinggal bersama dengan mendiang di Taman Gedong Indah sebelum ini. Mendiang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping dan dijangkakan akan disemadikan pada hari Jumaat.

Turut serta dalam sesi ziarah tersebut ialah Mr. Beh Heng Kin, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bagan Serai dan rombongan beliau serta beberapa AJK PAS Cawangan Sungai Kepar.

Di kesempatan tersebut juga, YB Haji Husin sempat duduk semeja bersama masyarakat kaum Cina yang hadir menziarahi kematian tersebut sekitar 30 minit dan dikesempatan itu juga YB sempat berbual dan bertanya khabar mereka.Masyarakat kaum Cina disitu juga kelihatan amat senang menyambut kehadiran YB Haji Husin serta rombongan. Wakil keluarga mendiang dan penduduk di situ mengucapkan terima kasih diatas kehadiran YB Haji Husin serta rombongan.

Sesi ziarah tersebut berakhir sekitar jam 10.15 minit malam dan sebelum pulang, sekali lagi YB Haji Husin merakamkan ucapan takziah kepada kaum keluarga mendiang dan bersalaman dengan semua tetamu yang hadir pada malam tersebut.