03 September 2012

JAMUAN EIDULFITRI 1433H PAS KAWASAN BAGAN SERAI

Masjid Tinggi , Bagan Serai :13 Syawal 1433H bersamaan 31 Ogos 2012, sekali lagi Parti Islam Semalaysia   ( PAS ) Kawasan Bagan Serai telah berjaya mengadakan jamuan Eidulfitri seperti rutin tahunan sebelum ini. Bersempena dengan cuti umum kemerdekaan , bertempat di Dewan Ustaz Wahab Nor Masjid Tinggi ( Markas PAS Kawasan ) PAS Kawasan Bagan Serai menerima kunjungan tetamu yang amat yang ramai seperti tahun-tahun yang sebelumnya yang juga terdiri daripada pelbagai kaum dari kalangan penyokong dan ahli-ahli sekitar Daerah Kerian.

Antara tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis jamuan tersebut ialah Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Bin Jamaludin, Al-Fadil Ustaz Misbahul Munir Bin Masduki, Al-Fadil Tuan Guru Haji Kamarudin Bin Awang Basir, Al-Fadil Ustaz Wan Tarmizi, Al-Fadil Ustaz Ahmad Bin Ijam dan juga Mr. Beh Heng Kin serta rombongan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bagan Serai.

Kehadiran tetamu pada jamuan tersebut dianggarkan sekitar 2000 orang sebaik bermula majlis seusai solat fardhu Jumaat dan majlis berlansung sehingga jam 4.00 petang. Hadirin dihidangkan dengan pelbagai jamuan yang disediakan oleh petugas-petugas jamuan , dan di antara menu yang disediakan ialah ketupat, lemang, rendang, mee goreng, teh tarik 'special' dan rata-rata hadirin yang hadir begitu berselera menjamah makanan yang disediakan disamping mendengar ucapan-ucapan ringkas dari saf pimpinan PAS Negeri dan Kawasan.

Pihak PAS Kawasan Bagan Serai melalui laman blog ADUN Selinsing dengan ini ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir pada majlis tersebut dan juga jutaan terima kasih kepada semua petugas-petugas majlis jamuan yang menjalankan amanah yang diberikan dengan cemerlang.semoga tradisi seperti ini akan dapat dikekalkan dan diteruskan pada masa-masa akan datang.insyaAllah.

Berikut ialah paparan gambar sekitar majlis yang telah berlansung pada Jumaat yang lalu :

































30 Januari 2012

ADUAN PENIAGA DI BAGAN SERAI


Bagan Serai; 31 januari 2012, peniaga di Jalan Besar Bagan Serai mengadu kepada Pejabat Pusat Khidmat ADUN Semanggol/Selinsing berkenaan jalan belakang bangunan kedai mereka yang menjadi laluan untuk mengangkut barang jualan harian menjadi sempit akibat dari pembinaan yang dilakukan oleh pemaju yang mendirikan sebuah bangunan di kawasan belakang kedai mereka, seorang peniaga kedai hardware mendakwa pembinaan longkang yang dibuat di tepi jalan tersebut menyebabkan laluan menjadi sempit dan lori mengangkut barang tidak dapat melalui jalan tersebut dan ini menyukarkan mereka berurusniaga. Mereka mengharapkan pihak berwajib memantau keadaan tersebut.

Laluan jalan menjadi sempit dan menyebabkan kenderaan besar seperti lori tidak boleh masuk melalui jalan tersebut.



laluan sempit yang hanya boleh dilalui sebuah kenderaan dalam satu masa

18 Januari 2012

MERAIKAN KAUM CINA DI KUALA GULA

Rabu 18 Jan 2012; Rombongan dari Pas Kawasan Bagan Serai yang diketuai oleh YB Haji Husin Din, telah melakukan lawatan mengejut ke tapak pasar malam di Kuala Gula sambil mengagih-agihkan buah limau sempena perayaan Tahun Baru Cina. Turut serta dalam rombongan tersebut ialah Ustaz Abu Bakar Husin (PJ PAS Perak), Mr Beh Heng Kin (Pengerusi DHPP Perak) Mr NalliRajah (SU DHPP Perak) dan Muslimat Pas Bagan Serai. Sokongan yang diberikan oleh masyarakat cina di sini amat menggalakkan dan di beri sambutan oleh masyarakat di sini. Menurut Mr Beh, program seperti ini akan di lakukan di beberapa tempat yang menjadi tumpuan kaum cina membeli barangan keperluan sehingga Tahun baru cina.





16 Januari 2012

PELAJAR SEKOLAH RENDAH MENDAPAT PERHATIAN


16 Januari 2012 ;Sekali lagi YB Husin Din berkesempatan meluangkan masa bersama anak-anak sekolah yang datangnya dari keluarga yang kurang berkemampuan membeli pakaian dan keperluan sekolah bagi meneruskan sesi persekolahan 2012 yang baru bermula kira-kira 2 minggu yang lalu.

Seramai 8 orang pelajar sekolah rendah di DUN Selinsing yang telah dipilih telah dibawa bersama wakil Muslimat PAS DUN Selinsing ke sebuah kedai menjual kelengkapan persekolahan di Bazar Melayu Taiping bagi memilih sendiri pakaian dan keperluan sekolah mereka dan merasai keceriaan memilih pakaian seperti murid-murid lain yang datangnya dari keluarga yang berkemampuan.

Ketibaan rombongan YB bersama "anak-anak" dan petugas muslimat disambut ceria oleh pekerja-pekerja kedai pakaian tersebut sambil bersama-sama meraikan "anak-anak" yang memilih pakaian.Bagi pihak YB dan seluruh jawatankuasa PAS MTD Selinsing kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pemilik kedai pakaian " Ridzuan Uniform Taiping" diatas kesudian melayan kerenah "anak-anak" dan menaja pakaian dan kelengkapan yang dipilih oleh murid-murid tersebut.

Hampir 2 jam masa diperuntukan untuk "anak-anak" ini memilih pakaian dan kelengkapan sekolah. Sebelum berangkat pulang rombongan YB sempat singgah di kedai makan T&T Nasi Ayam di Lorong Persatuan Jalan Kampung Jambu Taiping yang turut menaja makanan dan minuman untuk rombongan dan jutaan trima kasih juga diucapkan kepada pemilik kedai makan tersebut di atas kesudian menaja makanan. Sepanjang sesi membeli belah dan juga perjalanan pergi dan balik jelas terpancar wajah keceriaan diwajah "anak-anak" terpilih ini kerana diberi peluang merasai nikmat berpakaian baru bagi meneruskan sesi persekolahan 2012.

Berikut ialah paparan gambar sekitar sesi membeli belah tersebut yang sempat di rakamkan oleh krew YB Haji Husin Bin Din sebagai kenangan dan juga tatapan pengunjung-pengunjung blog ini :




HIMPUNAN 1K PETUGAS PILIHANRAYA DUN SELINSING


Selinsing 14hb Januari 2012 - Memandangkan bahang pilihanraya ke 13 ( PRU 13 ) semakin panas terasa, pihak jawatnkuasa Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Kawasan Selinsing sekali lagi mengorak langkah mempersiapkan petugas-petugas Parti Islam Se-Malaysia ( PAS ) bagi kawasan DUN Selinsing dengan mengadakan kuliah magrib khas 'Jihad' dan kemudiannya disusuli dengan satu sesi motivasi khas menghadapi pilihanraya.

Kuliah Maghrib khas berkisarkan jihad telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shahir Hasan Al- Kurauwi dengan penuh semangat dan memberi penekanan mengenai konsep jihad yang diperjuangkan oleh PAS dan bertujuan menaikkan serta mengekalkan semangat juang bagi keseluruhan petugas-petugas parti yang hadir meliputi berbagai peringkat usia.

Selesai sesi kuliah, petugas-petugas berjemaah solat fardhu isyak dan sedikit jamuan disediakan seterusnya program diteruskan dengan sesi motivasi khas petugas jentera pilihanraya yang disampaikan oleh saudara Nik Nor Azman dari Taiping.

Sesi motivasi yang mengambil pendekatan Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) ini adalah satu benda baru kepada petugas - petugas yang hadir dan melalui pengamatan yang dijalankan semua petugas memberi kerjasama yang baik dan bersemangat tinggi mengikuti permintaan yang dibuat oleh saudara Nik Nor Azman sepanjang sesi motivasi yang bermula jam 9.40 malam dan berakhir hampir jam 12.00 malam.

Secara keseluruhan pihak urusetia dan AJK MTD Selinsing berpuas hati dengan sambutan serta kehadiran petugas-petugas bagi program yang dijalankan walaupun tanpa ganjaran wang ringgit mahupun material lain diberikan kepada petugas dan diharapkan semua petugas telah bersedia untuk menghadapi PRU 13 sekalipun ianya akan dijalankan dalam masa terdekat ini.

berikut ialah galeri gambar sepanjang program Himpunan 1K Petugas Pilihanraya DUN Selinsing untuk dikongsi bersama :