27 November 2009

Majlis korban di Pusat Pendidikan Islam Selinsing ( PUPIS ).





Bertempat di Pupis, Selinsing telah diadakan majlis korban pada hari raya pertama. Penyembelihan diadakan pada sebelah petang, jumlah korban sebanyak 4 ekor lembu dan se ekor lagi pada keesokkan paginya.

24 November 2009

Majlis Mesra Media, Pimpinan Tertinggi Pas Perak Bersama Media.

Antara barisan pimpinan pakatan rakyat yang hadir.

Ustaz Abu Bakar Hussain ( Pesuruhjaya Pas Perak ) sedang memberikan sedikit penerangan mengenai majlis tersebut.

Ustaz Misbah mempengerusikan majlis.

Hari ini jam 3.30 petang telah berlangsung satu majlis julung-julang kali diadakan iaitu majlis pemimpin pas bersama media. Majlis yang berlangsung di Hotel Sri Malaysia, Ipoh dihadiri dari pelbagai rakan media bertujuan untuk membolehkan pimpinan tertinggi pas Perak bertukar-tukar fikiran, berkenal -kenalan dan mengembangkan idea bagi mengenal pasti pendekatan-pendekatan yang lebih berkesan dalam usaha menangani sebarang permasalahan yang melanda masyarakat di negeri Perak khususnya, begitu juga dalam menyebarluaskan fungsi dan peranan Pas dalam membawa agenda perubahan kepada masyarakat bagi membina sebuah negara yang terbaik serta mendapat keampunan dari Allah S.W.T.

22 November 2009

PESURUHJAYA PAS PERAK MELAWAT MANGSA BANJIR

Bagan Serai, 18.11.09, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin, meluangkan masa hampir sejam untuk bersama-sama dengan mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir di SK Bagan Serai. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Mustafa Saari, Setiausaha BPP PAS Perak Misbahul Munir Masduki, Exco Dewan Pemuda PAS Perak Sdr Kamarul Aini dan beberapa orang pimpinan lain. Menyambut rombongan dari PAS Negeri ini ialah YDP YB Haji Ramli Tusin, TYDP. YB Haji Husin Din dan Setiausaha PAS Kawasan En Abd Hamid bin Mohd Isa. Turut menyambut rombongan ini Penghulu Mukim Bagan Serai yang sentiasa berada di Pusat Pemindahan ini dan seterusnya memberikan taklimat semasa berkenaan dengan keadaan banjir di daerah kerian.

Penghulu mukim menyampaikan taklimat kepada rombongan mengenai keadaan banjir.


Pesuruhjaya berbual dan mendengar mengenai keadaan banjir dari mangsa yang terlibat


Ustaz Abu Bakar Husin menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yang terlibat bagi menceriakan mereka.

Ustaz Mustafa meraikan kanak-kanak yang terlibat dengan menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.



Pesuruhjaya dan rombongan bergambar kenangan

16 November 2009

LAWATAN 2 YB KE PUSAT PEMINDAHAN BANJIR

Keadaan banjir di Daerah Kerian khususnya di kawasan Alor Pongsu yang melibatkan beberapa buah kampung dan beratus keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. sehingga kini 3 Pusat Pemindahan banjir telah dibuka iaitu SK Alor Pongsu, SK Bagan Serai dan SKJ(T) Bagan Serai. Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bagan Serai bersama Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda berkesempatan menziarahi mangsa di Pusat Pemindahan Banjir serta menyampaikan sedikit sumbangan berupa keperluan harian kepada mangsa yang terlibat. Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa. Di fahamkan jumlah mangsa akan meningkat lagi kerana paras air di beberapa buah kampung semakin naik terutama di kampung Sungai Bogak dan Kampung Batu 8.

Puan Hajjah Rohaya Bakar ( Ketua Dewan Muslimat PAS Bg Serai) mengaggihkan gula-gula kepada kanak-kanak sambil diperhatikan oleh YB Hj Husin Din di SKJ(T) Bagan Serai

YB Hj Husin Din memberi gula-gula kepada kanak-kanak

YB Hj Ramli Tusin dan Yb Hj Husin Din membantu tukang masak

masak Gulai ikan untuk santapan tengahari

Keadaan Banjir di Kampung Matang Pasir, Alor Pongsu pada 15.11.09


melawat mangsa di pusat pemindahan banjir di SK Alor Pongsu

Tuan Haji Asmuni Awi, Pengarah Pilihanraya PAS Perak turut hadir menziarahi mangsa banjir di SK Alor Pongsu

Melawat tempat banjir di Kampung Matang Pasir sambil mendengar penerangan dari ketua kampung pakatan rakyat, sdr Othman Haji Hashim. turut hadir ketua Dewan Muslimat PAS Bg Serai, Pn Hajjah Rohaya Bakar. Anggota Jabatan Amal PAS Bagan Serai dan anggota Nisa' PAS Bagan Serai juga hadir.

08 November 2009

CERAMAH KEMELUT DUN PERAK

Ceramah Penerangan Kemelut DUN Perak berjaya menarik ribuan hadirin bagi mendapatkan maklumat sebenar apa yang berlaku semasa Persidangan DUN pada 28 Okt 2009 yang lalu. YB Sivakumar menceritakan kronologi yang berlaku sebelum dan semasa persidangan.
Hadir sama dalam majlis ceramah tersebut YB Dato' Presiden PAS Tuan guru Haji Abdul Hadi Awang yang menjelaskan beberapa perkara yang berkaitan PAS dan Negara. Sebelum itu Dato' Presiden melancarkan program DPP " Orang Muda Geng Kita" dan menerima borang keahlian baru dari 3 cawangan yang baru ditubuhkan

YB Sivakumar sedang menyampaikan ceramah
antara penyokong yang hadir

Ustaz Abu Bakar Husin Pesuruhjaya PAS Perak turut hadir
YB Dato' Presiden merasmikan pelancaran "Orang Muda Geng Kita" peringkat Kawasan Bagan Serai.

YB Dato' Presiden menerima borang keahlian baru dari 3 cawangan baru

02 November 2009

Kampung Padree, Bagan Serai: Pembuangan sisa kelapa sawit di kawasan perkampungan menyebabkan kegelisahan beberapa orang penduduk Kampung Padree Bagan Serai. Dari tinjauan yang dibuat, kelihatan longokan tandan kelapa sawit yang ditinggalkan ditepi jalan. Keadaan ini menyebabkan bau busuk dan menjadi tempat pembiakan lalat. Longokan hampas kelapa sawit ini dipercayai dibuang oleh sebuah kilang memproses kelapa sawit berhampiran. Dimaklumkan ada beberapa orang yang mengalami sakit perut dan cirit birit. Dengan ini saya minta kerjasama dari pihak yang terlibat supaya menghentikan pembuangan sisa tersebut dan membersihkan semula sisa yang telah dibuang.


Longokan hampas kelapa sawit yang ditinggalkan di tepi jalan sepanjang jalan

Longgokan hampas kelapa sawit ini menutupi sebahagian jalan menyebabkan laluan menjadi sempit.