28 Jun 2010

LAWATAN DPP PERAK

Minggu ini satu lawatan silaturahim oleh Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Perak ke rumah YB Hj Husin Din yang diketuai oleh Ketua Pemuda Pas Perak Ust Mohamad Zawawi Abu Hasan. YB Hj Husin berkata lawatan ini amat berguna dan perlu diteruskan kerana disamping dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara pemuda dan pimpinan kawasan malahan ianya dapat menyelesaikan beberapa masalah melalui perbincangan yang dilakukan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Perak kerana sudi menziarahi beliau.

24 Jun 2010

KEMALANGAN NGERI

24.06.2010 Simpang Empat Semanggol; Satu kemalangan yang melibatkan sebuah lori dan sebuah motosikal berlaku di hadapan pencawang Telekom Malaysia, Simpang Empat Semanggol . Kemalangan yang meragut nyawa penunggang motosikal tersebut berlaku kira-kia jam 2 petang tadi. Saya kebetulan sampai ke tempat kejadian dan sempat melihat mayat penunggang motosikal terbabit yang masih berada di atas jalan. Lori yang sedang menuju ke arah Bagan Serai bertembung dengan motosikal dari arah bertentangan dan kemudian motorsikal terbabit diseret sejauh hampir 30 meter dari tempat kejadian. Saya menasihati kepada semua pemandu supaya berhati-hati ketika memandu atau menunggang motosikal.





Dalam kejadian lain, semalam kira-kira jam 11.40 malam saya di maklumkan oleh seorang sahabat bahawa satu kematian telah berlaku. Kejadian berlaku di Kampung Tebuk Matau dimana seorang pemain badminton didapati mati mengejut ketika beliau dan rakan-rakannya sedang bermain badminton di Dewan Serbaguna Tebuk Matau. Mangsa Sdr Zaini Sarkawi 53th yang berasal dari Parit Empat Selinsing bersama beberapa orang rakan bermain badminton dikatakan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Setelah saya sampai, pihak polis telahpun berada di tempat kejadian dan lelaki tersebut disahkan telah meninggal dunia.

12 Jun 2010

DEMO BANTAH KEKEJAMAN ZIONIS ISRAEL

Jumaat; 11.06.2010 Masjid Tinggi , Demonstrasi aman membantah kekejaman Israel kepada konvoi kemanusiaan ke Gaza. Demo aman yang dianjurkan oleh Seketeriat Pakatan Rakyat Parlimen Bagan Serai yang diketua oleh Ketua Cabang PKR Bagan Serai sdr Mohd Nasib bin Rahim. Demo yang diadakan selepas solat jumaat di perkarangan masjid Al-Athar, Masjid Tinggi ini dihadiri lebih 100 orang jemaah tempatan. Sdr Munawir Mahmud Setiausaha Seketeriat Pakatan Rakyat yang berucap, mengesa pihak kerajaan Malaysia menghentikan sebarang bentuk perjanjian atau apa saja bentuk hubungan dengan puak Zionis Israel bagi menyatakan kesungguhan kita menentang kekejaman dan kezaliman rejim Zionis ini. Pihak Seketeriat Pakatan Rakyat Parlimen Bagan Serai mengesa Perdana Menteri membatalkan segala bentuk perjanjian dengan APCO yang jelas adalah syarikat dari Israel.

anak muda yang menyertai demo tersebut membantah sekeras-kerasnya kezaliman rejim yahudi.



sebahagia peserta yang menghadiri demo aman tersebut



bendera Israel dibakar

majlis diakhiri dengan bacaan doa memohon kepada Allah menghancurkan bangsa yahudi yang zalim dan memberi kekuatan kepada pejuang-pejuang islam

01 Jun 2010

PERASMIAN PEJABAT PERTANIAN DI TANJUNG PIANDANG


Bangunan baru Pejabat Pertanian Tanjung Piandang telah siap bagi menggantikan pejabat yang lama.Pagi tadi satu majlis perasmian bangunan baru telah diadakan.Ramai tetamu kehormat yang hadir seperti Tuan Pegawai Daerah Kerian,Encik Ismail B Hassan,YB Mujahid Yusof Rawa(MP Parit Buntar),YB Hj Husin Din,YB Abdul Yunus Jamhari,YB Khalil Idham Lim,penghulu-penghulu serta petani-petani kawasan Kerian.Bangunan ini dirasmikan oleh Encik Ariffin B Abdul Latif,Pengarah Pertanian Negeri Perak.
Terdapat gerai pameran dan jualan produk-produk pertanian.Pameran pula lebih tertumpu kepada serangga perosak sawah padi seperti Siput Gondang dan Bena Perang.
Beberapa orang petani menerima cenderahati berupa banner Hari Ladang dan juga model perangkap siput gondang yang diperbuat dari pukat.Selepas itu cabutan bertuah turut diadakan untuk pengunjung yang hadir.
Dengan terasminya bangunan ini,maka secara tidak langsung Hari Ladang Pejabat Pertanian Peringkat Daerah Kerian turut dirasmikan.

Disalin dari http://www.adunsemanggol.blogspot.com/