17 September 2009

Bantuan Kerusi Roda

Rabu 16/9/09 - Bertempat di Jalan Besar Parit Gabis Yb Selinsing menyerahan kerusi roda kepada Puan Rohayu bt Yusuf. Beliau yang menghidap penyakit kencing manis berharap moga-moga dengan bantuan tersebut dapat memudahkan pergerakkannya yang juga mempunyai anak seramai 6 orang.

16 September 2009




Majlis penyampaian bantuan hari raya telah diadakan di Surau Parit Gabis Atas jam 9.30 pagi. Turut hadir sama Yb Ramli b. Tusin Adun G.semanggol dan Yb Haji Mohsin Fadzli b. Samsuri.

08 September 2009

Siri Jelajah Ramadhan Ds Nizar.

Pada hari yang sama, selesai program beliau di Masjid Tinggi beliau bergerak pula ke Pusat Pendidikan Islam Selinsing ( PUPIS ) bagi menunaikan solat isyak dan taraweh berjamaah di sana.
Muslimin yang memenuhi ruang bangunan PUPIS.

Tazkirah selepas solat taraweh berjamaah.
Bertempat di Masjid Tinggi, Bagan serai Ds Ir Nizar b Jamaluddin berkesempatan meluangkan masa bersama-sama masyarakat setempat bagi menyempurnakan majlis tazkirah dan berbuka puasa.
Ketibaan beliau jam 6.30 petang disambut masyarakat setempat.

Turut hadir Adun G. Semanggol, Haji Ramli b Tusin dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Haji Mohsin Fadzli b Shamsuri.

Ds menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan




antara hadirin yg mendengar tazkirah beliau berkaitan isu2 semasa dan fadhilat ramadhan.

menunggu saat berbuka puasa.

05 September 2009

Tragedi malam ramadhan..dilanggar mat rempit

4/08/09- Masjid Tinggi, Bagan Serai ; Ketika di rumah setelah selesai solat teraweh, saya menerima panggilan dari seorang sahabat yang mengatakan ada kemalangan di Jalan Banjar, Masjid Tinggi. Saya terus bergegas ke lokasi kejadian. Kelihatan ramai penduduk berkumpul sementara menunggu polis tiba untuk membawa jenazah ke Hospital Parit buntar. Mengikut cerita penduduk di situ mangsa seorang perempuan dalam lingkungan umur 50-an menaiki motosikal setelah pulang dari menunaikan solat taraweh di masjid berdekatan. Ketika tiba di selekoh rumahnya tanpa disedari mangsa dilanggar mat rempit dari arah bertentangan yang ketika itu tidak menyalakan lampu. Kesan dari perlanggaran itu, mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala dan patah tangan kiri.

tompokkan darah turut kelihatan di lokasi kejadian.

jenazah masih berada di dalam trak polis sementara menunggu bilik forensik dibuka.


suasana di bilik forensik Hospital Daerah Parit Buntar. Urusan jenazah di situ selesai sehingga jam 3 pagi dan seterusnya dibawa pulang oleh ahli keluarga mangsa.

04 September 2009

Majlis berbuka puasa anjuran MTD Selinsing, Bertempat di Pusat Pendidikkan Islam Selinsing ( PUPIS )



gotong-royong menyiapkan juadah berbuka



solat maghrib berjamaah selepas berbuka.

antara muslimin yang hadir

muslimat juga turut hadir.


turut hadir Ustaz Idris, Yb Haji Ramli Adun G.Semanggol.