30 Disember 2009

YB Sampaikan Sumbangan kepada anak yatim

Parit GAbis Atas; Balu Alahyarham Baharin yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya menerima ucapan takziah daripada seluruh warga PAS Bagan Serai. Beliau yang mempunyai anak seramai 6 orang yang mana anak yang sulung baru selesai menduduki peperiksaan SPM dan yang bongsu baru berusia 6 tahun dan akan memasuki PASTI bagi sessi akan datang. Sehubungan itu satu rombongan dari PAS Kawasan Bagan Serai diketuai oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan YB Haji Husin Din tampil menghulurkan sumbangan kepada keluarga tersebut. Menurut Setiausaha Lajnah Kebajikan DPP Bg Serai, Mohd Saufi bin Aftu, sumbangan ini diharap akan meringankan beban keluarga terbabit dan bantuan lain akan menyusul seperti bantuan persekolahan anak-anak beliau.


YB Haji Husin menyampaikan sumbangan barangan keperluan

PERASMIAN PEJABAT HELWA MTD N12 SELINSING

18 Disember 2009; Satu Majlis Perasmian Pejabat HelWa MTD N12 Selinsing telah disempurnakan oleh YB Haji Husin Din bertempat di Pejabat HelWa MTD N12, PUPIS Selinsing.


YB Haji Husin memotong riben menandakan pejabat HelWa MTD N12 Selinsing dirasmikan.


Pengarah Helwa MTD N12 sedang menyampaikan taklimat kepada YB Haji Husin

17 Disember 2009

Ziarah kematian


Bertempat di Taman Bagan Serai , Adun Selinsing dan Semanggol menziarah sahabat kaum India yang kematian ibu yang berusia 80-an. Sebelum itu ada satu lagi kematian di Parit Gabis, Bagan Serai akibat dilanggar lari sebuah lori. Ketika itu mangsa dalam perjalanan untuk menunaikan solat subuh di Masjid Tinggi, Bagan Serai.

14 Disember 2009

Mesyuarat Koperasi Bekas Tentera Daerah Kerian kali ke 4.

Yb Hj Husin Din, Yb Zainol Fadzi Paharuddin dan Yb Syam bergambar bersama-sama dengan Ahli Lembaga Koperasi BekasTentera Daerah Kerian.

Turut hadir Yb Zainol Fadzi, Adun Alor Pongsu Yb Syam dan Adun Selinsing Yb Husin Din yang juga merupakan bekas setiausaha Koperasi Bekas Tentera Kerian.

Hj Othman sebagai pengerusi majlis pada hari tersebut.

Sebahagian ahli yang hadir pada mesyuarat tersebut.
Bertempat di Sekolah Kebangsaan Bagan Serai telah diadakan mesyuarat Koperasi Bekas Tentera Daerah Bagan Serai. Mesyuarat yang telah diadakan buat kali ke-4 telah dirasmikan oleh Yb Zainol Fadzi B. Paharuddin. Untuk maklumat Koperasi Bekas Tentera ini telah membeli sebuah hotel di Cameron Highlands iaitu ;
Hotel Wira di Awan
Pt 826, Jalan Pecah Batu,
39100 Brinchang,
Cameron Highlands, Pahang.
Tel ; 05-4915291

13 Disember 2009

Majlis Perkahwinan di Pupis.

Adun Selinsing menjadi pengapit pada majlis tersebut.







Pusat Pendidikkan Islam Selinsing ( PUPIS ) yang terletak 600 meter dari simpang 3 Selinsing telah dibina hasil dari derma orang ramai, badan koperat dan orang tertentu. Bangunan ini tidak terhad kepada program pendidikkan sahaja malah hari ini menjadi sejarah kerana buat pertama kalinya bangunan ini disewa bagi mengadakan majlis kenduri kawin anak kepada En. Zaini b. Hasan dan Puan Masbaik bt Dahlan. Majlis yang telah diadakan dengan jayanya turut dihadiri oleh Adun Selinsing Yb Husin b.Din.

07 Disember 2009

Bantuan tongkat di Tebuk Rimba, Selinsing.

Adun Selinsing berkesempatan melawat seorang warga emas di Selinsing yang mengalami penyakit kencing manis. Beliau yang telah dipotong jari kakinya menerima tongkat bagi memudahkan pergerakkan kerja-kerja beliau seharian.Sekarang menumpang kasih di rumah kakaknya yang berumur 80-an.

05 Disember 2009

Majlis Perkahwinan anak Pemimpin Kelab Penyokong Pas, Bagan Serai.

Yb Mujahhid Rawa turut hadir sama.

penerima dari Persatuan Bomba Sukarela.

pengantin bergambar bersama Adun-adun dari pakatan rakyat.


Turut kelihatan Adun Selinsing dan G.Semanggol


Ds M.Nizar menerima hamper dari Persatuan Kelab Penyokong Pas, Bagan Serai.
Bertempat di Dewan Kelab Penyokong Pas, Bagan Serai telah berlangsung satu majlis perkahwinan anak kepada Pengerusi Kelab Penyokong Pas ( Mr. Ah Beh ). Majlis yang diadakan pada sebelah malam itu dihadiri oleh beberapa pemimpin pakatan rakyat. Antara yang menjadi perhatian Menteri Besar Pakatan Rakyat Ds Ir Muhammad Nizar Jamaluddin. Walaupun mempunyai jadual yang agak ketat, beliau berkesempatan hadir pada majlis tersebut. Ds Nizar turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa pertubuhan antaranya Persatuan Bomba Sukarela Bagan Serai, Persatuan Penganut Dato`Kong ( Dato Kong Beoh ) dan Taman Didikkkan kanak-kanak Chin Sean Kok.

Majlis khatan beramai-ramai di Pupis, Selinsing.


Bomba sukarela dari Lembah Beriah menyembur air kepada peserta-peserta khatan.


Haji khuwari sebagai tok mudim pada hari tersebut.


Mtd dan Dun Selinsing telah berjaya mengadakan majlis berkhatan secara beramai-ramai di Pupis, Selinsing. Seramai 33 peserta khatan telah terlibat pada majlis yang dirasmikan sendiri oleh Adun Selinsing, Tuan Haji Husin Din. Beliau turut menyampai sedikit sumbangan berupa wang dan cenderahati kepada peserta sebagai kenang-kenangan.

27 November 2009

Majlis korban di Pusat Pendidikan Islam Selinsing ( PUPIS ).





Bertempat di Pupis, Selinsing telah diadakan majlis korban pada hari raya pertama. Penyembelihan diadakan pada sebelah petang, jumlah korban sebanyak 4 ekor lembu dan se ekor lagi pada keesokkan paginya.

24 November 2009

Majlis Mesra Media, Pimpinan Tertinggi Pas Perak Bersama Media.

Antara barisan pimpinan pakatan rakyat yang hadir.

Ustaz Abu Bakar Hussain ( Pesuruhjaya Pas Perak ) sedang memberikan sedikit penerangan mengenai majlis tersebut.

Ustaz Misbah mempengerusikan majlis.

Hari ini jam 3.30 petang telah berlangsung satu majlis julung-julang kali diadakan iaitu majlis pemimpin pas bersama media. Majlis yang berlangsung di Hotel Sri Malaysia, Ipoh dihadiri dari pelbagai rakan media bertujuan untuk membolehkan pimpinan tertinggi pas Perak bertukar-tukar fikiran, berkenal -kenalan dan mengembangkan idea bagi mengenal pasti pendekatan-pendekatan yang lebih berkesan dalam usaha menangani sebarang permasalahan yang melanda masyarakat di negeri Perak khususnya, begitu juga dalam menyebarluaskan fungsi dan peranan Pas dalam membawa agenda perubahan kepada masyarakat bagi membina sebuah negara yang terbaik serta mendapat keampunan dari Allah S.W.T.

22 November 2009

PESURUHJAYA PAS PERAK MELAWAT MANGSA BANJIR

Bagan Serai, 18.11.09, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin, meluangkan masa hampir sejam untuk bersama-sama dengan mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir di SK Bagan Serai. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Mustafa Saari, Setiausaha BPP PAS Perak Misbahul Munir Masduki, Exco Dewan Pemuda PAS Perak Sdr Kamarul Aini dan beberapa orang pimpinan lain. Menyambut rombongan dari PAS Negeri ini ialah YDP YB Haji Ramli Tusin, TYDP. YB Haji Husin Din dan Setiausaha PAS Kawasan En Abd Hamid bin Mohd Isa. Turut menyambut rombongan ini Penghulu Mukim Bagan Serai yang sentiasa berada di Pusat Pemindahan ini dan seterusnya memberikan taklimat semasa berkenaan dengan keadaan banjir di daerah kerian.

Penghulu mukim menyampaikan taklimat kepada rombongan mengenai keadaan banjir.


Pesuruhjaya berbual dan mendengar mengenai keadaan banjir dari mangsa yang terlibat


Ustaz Abu Bakar Husin menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yang terlibat bagi menceriakan mereka.

Ustaz Mustafa meraikan kanak-kanak yang terlibat dengan menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.



Pesuruhjaya dan rombongan bergambar kenangan

16 November 2009

LAWATAN 2 YB KE PUSAT PEMINDAHAN BANJIR

Keadaan banjir di Daerah Kerian khususnya di kawasan Alor Pongsu yang melibatkan beberapa buah kampung dan beratus keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. sehingga kini 3 Pusat Pemindahan banjir telah dibuka iaitu SK Alor Pongsu, SK Bagan Serai dan SKJ(T) Bagan Serai. Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bagan Serai bersama Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda berkesempatan menziarahi mangsa di Pusat Pemindahan Banjir serta menyampaikan sedikit sumbangan berupa keperluan harian kepada mangsa yang terlibat. Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa. Di fahamkan jumlah mangsa akan meningkat lagi kerana paras air di beberapa buah kampung semakin naik terutama di kampung Sungai Bogak dan Kampung Batu 8.

Puan Hajjah Rohaya Bakar ( Ketua Dewan Muslimat PAS Bg Serai) mengaggihkan gula-gula kepada kanak-kanak sambil diperhatikan oleh YB Hj Husin Din di SKJ(T) Bagan Serai

YB Hj Husin Din memberi gula-gula kepada kanak-kanak

YB Hj Ramli Tusin dan Yb Hj Husin Din membantu tukang masak

masak Gulai ikan untuk santapan tengahari

Keadaan Banjir di Kampung Matang Pasir, Alor Pongsu pada 15.11.09


melawat mangsa di pusat pemindahan banjir di SK Alor Pongsu

Tuan Haji Asmuni Awi, Pengarah Pilihanraya PAS Perak turut hadir menziarahi mangsa banjir di SK Alor Pongsu

Melawat tempat banjir di Kampung Matang Pasir sambil mendengar penerangan dari ketua kampung pakatan rakyat, sdr Othman Haji Hashim. turut hadir ketua Dewan Muslimat PAS Bg Serai, Pn Hajjah Rohaya Bakar. Anggota Jabatan Amal PAS Bagan Serai dan anggota Nisa' PAS Bagan Serai juga hadir.