25 Oktober 2010

SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Keadaan rumah mangsa selepas kebakaran

25 oKT 2010; Pihak pengurusan PASTI Bagan Serai bersama Lajnah Kebajikan Pas Kawasan Bagan Serai, menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Maahad Al_Ridzuaniah Telok Medan yang melibatkan sebuah rumah seorang guru KAFA. Rumah yang di huni oleh Ustazah Asmah Bt Mat Kahar,33 bersama 3 orang anak beliau hangus dijilat api pada Khamis lalu. YB Husin bersama rombongan dari Jawatankuasa PASTI Bagan Serai yang di ketuai oleh Sdr Azraei selaku pengerusi PASTI Bagan Serai. Sumbangan berupa sedikit wang tunai dan barangan keperluan harian dan barangan keperluan sekolah anak-anak beliau. Ustazah Asmah sekarang menumpang dirumah adik beliau yang juga guru di SABK Al-Ridzuaniah


18 Oktober 2010

IKHTIFAL PASTI BAGAN SERAI

17.10.10 Selinsing; Majlis Ikhtifal PASTI seluruh Bagan Serai telah dilangsungkan dengan jayanya.
Majlis yang bermula jam 9.00 pagi dianjurkan oleh Jawatankuasa PASTI Bagan Serai yang diketuai oleh Sdr Az'raie, antara acara yang dilangsungkan pada hari itu seperti hafazan al-quran, khutbah, bercerita serta nasyid. Semua acara tersebut di wakili oleh kanak-kanak PASTI. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh YB Hj Husin Din, beliau menegaskan bahawa anak-anak adalah aset negara yang perlu dijaga dengan baik, berilah pendidikan yang terbaik kepada mereka, dekatkan mereka dengan Allah.








15 Oktober 2010

ZIARAH MANGSA KEBAKARAN




Khamis 14 Oktober 2010-Kampung Sungai Baru, Selinsing-Sekitar jam 11.30 pagi, YB ADUN Selinsing telah menerima satu panggilan daripada mesyarakat setempat yang memaklumkan berlaku satu kebakaran di Kampung Sungai Baru, Selinsing.

Prihatin dengan aduan rakyat, YB Haji Husin telah bergegas ke destinasi yang dikhabarkan berlaku kebakaran tersebut untuk meninjau keadaan.

Menurut maklumat daripada mangsa kebakaran tersebut, Encik Zainuddin Bin Bakari , ini ialah kejadian kedua rumah beliau terbakar dimana pada tahun lalu telah berlaku kali pertama dan kejadian kali kedua ini turut memusnahkan harta benda dan juga rumah beliau yang baru dibina selepas kejadian pertama dahulu.Daripada maklumat awal yang diterima, kebakaran ini berpunca daripada litar pintas sistem pendawaian eletrik rumah beliau.

Namun begitu beliau bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran tersebut dan redha dengan ketentuan yang berlaku.Pihak YB ADUN Selinsing mengucapkan takziah diatas musibah yang melanda keluarga Encik Zainudin dan mengharapkan beliau sekeluarga tabah menerima ujian kebakaran untuk kali kedua ini.

12 Oktober 2010

PRIHATIN ADUAN RAKYAT : OPERASI BERSAMA JABATAN PERHILITAN

13 Oktober 2010 ( Rabu ) Parit Haji Aman-YB Tuan Haji Husin Bin Din ADUN Selinsing telah berkesempatan untuk turut serta dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Perhilitan Daerah Kerian untuk satu operasi memindahkan kera liar yang terperangkap dalam jerat yang dipasang.
Jerat tersebut dipasang memandangkan aduan rakyat setempat yang mengadu kera-kera liar terlalu banyak dan mengancam tanaman penduduk setempat.Hadir dalam operasi tersebut ialah wakil dari Jabatan Perhilitan Daerah Kerian dan juga penduduk setempat bagi membantu wakil-wakil Jabatan Perhilitan menjalankan kerja-kerja memindahkan kera-kera yang berjaya dijerat.Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan semasa operasi berjalan.


YB ADUN Selinsing bersama penduduk dan wakil Jabatan Perhilitan memerhatikan kera yang terperangkap dalam perangkap yang dipasang di Kampung Parit Haji Aman
Kera yang terperangkap
Wakil Jabatan perhilitan menjalankan tugas untuk proses ubat bius sebelum memindahkan kera-kera yang terperangkap ke kawasan yang sepatutnya.
Operasi turut dibantu oleh penduduk tempatan Kampung Parit Haji Aman






Kera yang telah dibius dengan pelali dimasukkan ke dalam sangkar yang lebih kecil untuk dipindahkan ke kawasan yang sesuai agar tidak mengganggu tanaman penduduk kampung.








Operasi selesai kira-kira jam 10.30 pagi dan 2 ekor kera berjaya di bius dan akan dipindahkan ke kawasan yang lebih sesuai agar tidak lagi menggangu tanaman penduduk.Bagi pihak penduduk Kampung Parit Haji Aman,YB mengucapkan jutaan terima kasih diatas keprihatinan pihak Jabatan Perhilitan Daerah Kerian dalam usaha membantu menangani masalah gangguan kera terhadap tanaman yang penduduk kampung usahakan.

10 Oktober 2010

Jamuan Rakyat sempena Aidilfitri

Kelmarin 10.10.10 telah berlangsung dengan jayanya majlis jamuan rakyat sempena Aidilfitri PAS Kawasan Bagan Serai yang diadakan di Dewan Ustaz Abdul Wahab Noor, Masjid Tinggi. YB Haji Ramli Tusin dan YB Haji Husin Din serta Jawatankuasa PAS Kawasan Bagan Serai mengalu-alukan kehadiran tetamu pada hari itu. Antara pimpinan yang hadir adalah PJ PAS Perak,Ustaz Abu Bakar Husin,Ustaz Misbahul Munir,YB Khalil Idham,YB Yunus.Turut hadir adalah ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS. walaupun syawal telah meninggalkan kita namun kemeriahannya masih terasa dengan kehadiran lebih 2 ribu penduduk setempat dan dari kawasan parlimen yang berhampiran. Berbagai jenis juadah disediakan oleh petugas kepada tetamu yang hadir. Majlis yang bermula jam 2.30 petang dan berakhir 4.30 petang.


petugas menghidangkan laksa



mee goreng menjadi tarikan utama




YB Khalil Idham diiringi anggota Jabatan Amal


YB Yunus Jamsari turut hadir


Mr Beh menyampaikan ucapan


ketibaan Pesuruhjaya dan setiausaha Pas Perak disambut YDP Pas Kawasan