23 Mei 2010

UMNO GERUN MENDENGAR BERITA INI

Semalam telah berlangsung dengan jayanya majlis pelancaran Dewan Himpunan penyokong PAS(DHPP) di Pejabat Tanah dan daerah Klang,Selangor.Tetamu kehormat adalah Tuan Guru Presiden,Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai perasmi majlis ini.Lebih 1000 orang ahli DHPP yang hadir pada majlis ini yang datang dari seluruh negara khususnya di Semenanjung.Wakil dari Perak adalah dari kawasan Teluk Intan,Kuala Kurau dan juga Bagan Serai.Encik Beh Heng Kin(Pengerusi Kelab Penyokong PAS Bagan Serai) dan isteri serta beberapa orang ahli kelabnya telah hadir ke program yang julung-julung kali diadakan ini.



Program tamat pada pukul 2 petang.Jadi dengan rasminya Dewan Himpunan Penyokong PAS telah menjadi salah satu sayap parti di dalam PAS.Nampaknya UMNO/BN semakin pening,semakin sasau.Sokongan bukan melayu terhadap PR semakin kuat.Tengoklah contoh di Sibu,majoriti kaum di situ adalah kaum Cina sebanyak 66.7%,akan tetapi tersungkur BN di Sibu akibat pengundi-pengundi di situ telah berpaling tadah dari BN.

disedut dari sini

18 Mei 2010

WARGA EMAS PERLU PEMBELAAN (siri 2)

Kampung Dew, 17 Mei 2010. YB Husin Hj Din sempat menziarahi seorang warga emas di Kampung Sg Perikan, Kampung Dew yang terlantar uzur kerana sakit tua. Warga emas yang lebih dikenali sebagai cikgu Mat, tinggal bersama anak beliau



YB Husin berbual dengan cikgu mat yang terlantar


Selepas itu YB Hj Husin bergegas ke Kampung Dew untuk menziarahi seorang lagi warga emas disana yang baru-baru ini ditimpa musibah, rumah beliau dilanda ribut. Kebetulan apabila sampai disana Pegawai dari Baitulmal Bagan Serai sedang mengambil maklumat berkenaan kejadian ribut tersebut.

Pegawai Baitumal yang kebetulan berada di rumah En Mehad bin Ahmad semasa YB Husin menziarahi beliau

17 Mei 2010

SOKONGAN RAKYAT KEPADA PAS TERUS MENINGKAT

Ahad 16 Mei 2010; Satu majlis pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS di Kampung Lian Seng, Bagan serai telah di sempurnakan oleh Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat Sdr Hu Pang Chow. Majlis yang berlangsung pada sebelah petang itu dihadiri lebih 60 orang penduduk kampung tersebut. Menurut Mr Beh Heng Kin, Pengerusi Dewan Himpunan penyokong PAS Bagan Serai, kampung tersebut didiami oleh majoriti kaum cina, memberi sokongan padu kepada Pas dan Pakatan Rakyat kerana hanya Pakatan Rakyat sahaja yang mampu memerintah dengan adil dan saksama. Majlis dimulai dengan ucapan Mr Beh Heng Kin selaku Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Bagan Serai, merangkap Timb. Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, beliau mengucapkan terima kasih kepada Sdr Hu Pang Chow kerana sudi hadir ke Bagan Serai. kemudian siri-siri ucapan ringkas di mulakan oleh YB Hj Ramli Hj Tusin, YB Hj Husin Bin Din dan Sdr Muhammad KY Tiang yang mewakili Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan jemputan khas Sdr Hu Pang Chow, beliau menyatakan bahawa fahaman sempit yang dibawa oleh Barisan Nasional sudah tidak releven lagi. Umno untuk melayu, MCA untuk cina dan MIC untuk India adalah parti perkauman yang sempit. sehubungan itu beliau menyeru kaum cina khususnya di Kampung Lian Seng ini menolak Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang.



Ketibaan Hu Pang Chow, YB Hj Ramli Hj Tusin,Yb Hj Husin Hj Din, Sdr Muhammad KY Tiang disambut oleh Sdr Beh Heng Kin


Sdr Beh Heng Kin mengalu-alukan kehadiran tetamu dan penduduk kampung Lian Seng


Sdr Lim Pek Ju mewakili penduduk Kampung Lian Seng menyampaikan cenderahati kepada Sdr Muhammad KY Tiang.


Wakil penduduk menyerahkan cenderahati kepada Hu Pang Chow


Bergambar kenangan selepas program berakhir


antara penduduk kampung yang hadir


16 Mei 2010

WARGA EMAS PERLU PEMBELAAN SEGERA

Selinsing:17.05.2010; Seorang warga emas yang terlantar uzur di Kampung Sungai Perikan, Kampung Dew, Puan Ramlah Bt Mat Isa berusia 78 tahun memerlukan sumbangan segera. Menurut YB Haji Husin Din Adun Selinsing yang melawat beliau setelah dimaklumkan oleh cucu saudaranya kepada beliau. Kebetulan YB Hj Husin berada di kampung berhampiran kerana menziarahi kematian, terus menziarahi Pn Ramlah ini dan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi. YB Hj Husin menyeru kepada sesiapa yang ingin membantu Pn Ramlah ini bolehlah menyampaikan terus kepada Pn Ramlah yang tinggal di alamat 95 Kampung Sungai Perikan, Simpang Empat 34400 Semanggol, Perak. Setelah dimaklumkan kepada Baitulmal Bagan Serai, pegawai dari Baitulmal segera pergi melawat Pn Ramlah ini. YB Hj Husin Din amat terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Baitulmal Bagan Serai khususnya kerana cepat bertindak membantu Pn Ramlah. Menurut YB Hj Husin Din lagi Pn Ramlah yang sedang uzur ini memerlukan sumbangan bagi menampung kos susu, lampin pakai buang dan kos memasukkan tiub sebagai alternative untuk beliau makan. setiap kali menukar tiub tersebut beliau memerlukan kos sebanyak RM150.



01 Mei 2010

PELANCARAN DEWAN PERHIMPUNAN PENYOKONG PAS DI TAMAN SERI KURAU

1Mei2010 ; Satu majlis perjumpaan bersama masyarakat kaum india telah berlangsung di Taman Seri Kurau, Jalan Kuala Kurau. Perjumpaan yang di anjurkan oleh masyarakat setempat bagi membincangkan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS di taman berkenaan. Turut hadir pada majlis tersebut YB Mujahid Yusuf Rawa (Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat), YB Hj Husin Din ( Timbalan Yang DiPertua PAS Bagan Serai), Sdr Hamdan (Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar) Mr Ravinthran ( Jawatankuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS Bagan Serai).

YB husin Din dan Mr Ravi berbual mesra sementara menunggu YB Mujahid sampai.
Ketibaan YB Mujahid disambut oleh YB Husin Din


Pengerusi majlis Mr ramesh mengalu-alukan kehadiran tetamu.




YB Mujahid menyampaikan ucapan kepada hadirin.


Mr Ravi turut diberi kesempatan menyampaikan ucapan

Majlis diakhiri dengan acara menyampaikan sumbangan kepada penduduk setempat
sumbangan berupa barangan keperluan harian yang disumbangkan oleh beberapa individu.