25 Julai 2010

WARGA EMAS PERLU PEMBELAAN (siri 4)

Simpang Empat Semanggol: Seorang warga emas, En Ali bin Osman yang kini terlantar kerana lumpuh memerlukan sumbangan dan bantuan dari orang ramai. Beliau kini yang hanya terlantar di rumahnya di ST 93 Jalan Besar, Simpang Tiga Selinsing kerana menderita sakit lumpuh. En Ali merupakan seorang bekas tentera yang pernah berkhidmat dalam Askar Melayu selama 18 tahun dan tidak menerima pencen. Beliau yang tinggal bersama isteri dan anak-anak yang masih bersekolah. Pendapatan bagi menyara keluarga ini diambil alih oleh isteri beliau yang bekerja sendiri mendapat kurang daripada RM500 sebulan.

19 Julai 2010

 Tidak perlu kerjasama politik dengan Umno

KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS bukan sahaja menolak malah tidak melihat sebarang keperluan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno biarpun pelbagai pendekatan mahu digunakan pemimpin parti pemerintah itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempelawa orang tengah dalam menjayakan kerjasama Umno-PAS sebagai sia-sia.

"Kita dah tutup fail untuk kerjasama dengan Umno dan tak timbul lagi isu ini.

"Guna orang tengah ni menunjukkan Umno kritikal sungguh,” katanya kepada Harakahdaily.

PAS, jelasnya hanya bersetuju bekerjasama atas semangat faderalisme antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat atau goverment to goverment (G to G).

Ianya termasuk isu hak royalti dan gran perkapita tahunan Kelantan dan isu serangan bertali arus Umno terhadap kerajaan Pakatan rakyat Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Dalam konteks itu jelasnya, PAS tidak melihat kenapa orang tengah diperlukan.

"Yang kita setuju adalah kerjasama kerajaan dengan kerajaan atas sifat federalisme.

"Selesaikan masalah negeri yang sudah lama tertunggak. Saya pelik kenapa G to G pun kena guna orang tengah," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Lebih menimbulkan persoalan jelasnya, kenapa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dicadangkan menjadi orang tengah untuk kerjasama G to G tersebut.

"Saya pelik kenapa Mufti Perak dicadang jadi orang tengah, sedangkan dia cenderung kepada kerjasama politik PAS-Umno yang kita memang dah tolak," soalnya pula.

Semalam, Muhyiddin dalam kenyataannya mempelawa mana-mana pihak untuk menjadi orang tengah dalam merealisasikan kerjasama PAS-Umno.

Beliau mempelawa bekas mufti atau Mufti Perak sendiri berbuat demikian.

PAS bagaimanapun tetap berpendirian menolak sebarang bentuk kerjasama politik selain atas semangat federalisma G to G.

"Prinsip Islam, tolong menolong dalam perkara baik dan taqwa, tapi dalam Umno segala macam kemungkaran ada.

"Kita tidak akan mendukung biawak hidup dengan babi hidup," tegas Tuan Ibrahim. -Hrkh

WARGA EMAS PERLU PEMBELAAN (siri 3)

Hari khamis lalu saya sempat menziarahi seorang warga emas yang berumur lebih 90 tahun di Jalan Banjar, Masjid Tinggi. Puan Che Yah yang hanya bergerak menggunakan troli kerana lutut beliau sakit dan langsung tidak boleh berjalan. Menurut anak beliau yang menjaga beliau keadaan ini sudah berlarutan beberapa tahun. Dalam kesempatan ini saya merayulah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi yang sudi membantu Che Yah ini kerana dalam tinjauan saya ke rumah beliau mendapati bumbung rumah tempat beliau tinggal nampak uzur dan ada kebocoran. Saya akan cuba membantu mengikut kemampuan saya dan mengharapkan kerajaan mendahulukan rakyat seperti yang dicanangkan.

YB Husin Din menyelami penderitaan che Yah sambil meminta supaya bersabar dan redha dengan ketentuanNya kerana setiap kejadian ada hikmahnya

18 Julai 2010

PROGRAM PAS FOR ALL DI LARUT

Ahad18.07.2010 Felda Ijok, Program PAS FOR ALL yang dilancarkan di Parlimen Larut telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program yang berlangsung selama 2 hari itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk tempatan. turut hadir menjayakan program ini antaranya Timb. PJ Ir YAB Hj Mohamad Nizar Jamaluddin bersama beberapa Jawatankuasa BPPPk serta AJK DPPPk dan DMPPk.


Ir Hj Mohamad Nizar mendengar penerangan yang di sampaikan oleh YDP PAS Kawasan Larut

YAB Hj Mohamad Nizar menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang penerima


Program Ziarah dari rumah ke rumah serta menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada penduduk setempat

bersama YB Anuar Sudin Adun Changkat Jong dan beberapa pimpinan Dewan Muslimat dan Dewan Himpunan penyokong PAS

07 Julai 2010

ZIARAH KEMATIAN AHLI DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS

8.7.2010 Bagan Serai; Pagi tadi saya sempat menziarahi seorang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS yang meninggal sebelum dibawa ke tanah perkuburan. Setelah dimaklumkan oleh Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Mr. Beh Heng Kin saya terus bergegas kesana dan bertemu dengan keluarga simati. Mendiang Lim Sai Khim merupakan salah seorang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS yang sama-sama membantu PAS dalam pilihanraya yang lalu


06 Julai 2010

SUKAN PASTI AL-BADAR SELINSING

4.7.2010 ; Pusat Pendidikan Islam Selinsing (PUPIS) Sukaneka PASTI Al-Badar telah berlangsung dengan jayanya pada hari ahad lepas. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB haji Husin Din, ADUN Selinsing merangkap Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Bagan Serai. Pelbagai acara menarik telah dilangsungkan seperti menarik bola dengan gelong rotan, bawa bola dengan kun, meniup belon dan beberapa acara lain. Peserta yang terdiri dari pelajar PASTI Al-Badar Selinsing, majlis dikendalikan oleh guru-guru pasti tersebut. Selepas semua acara sukaneka berakhir, acara menyampaikan hadiah berlangsung, dan pemenang-pemenang menerima hadiah dari YB Husin sendiri.


acara menarik bola dengan gelong rotan



acara membawa bola dengan kun

acara meniup belon untuk kanak-kanak tempatan


YB Husin menyampaikan hadiah kepada para pemenang


Setiausaha PAS Kawasan menyampaikan cenderahati kepada YB Husin