17 Julai 2011

HARI KESIHATAN DUN SELINSING

Selinsing-Ahad,17 Julai 2011 telah berlansung Hari Kesihatan Untuk Peringkat Dewan Undangan Negeri Selinsing anjuran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Selinsing dengan kerjasama AJK Majlis Tindakan DUN Selinsing serta AJK Pusat Pendidikan Islam Selinsing.

Hari Kesihatan tersebut telah berlansung di Pusat Pendidikan Islam Selinsing ( PUPIS ) bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 1.00 tengari.Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Ahli Dewan Undangan Negeri Selinsing, YB Tuan Haji Husin Bin Haji Din ,diikuti bacaan ayat suci Al-Quran oleh salah seorang pelajar sekolah rendah dan bacaan doa.

Hari Kesihatan kali ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Hospital Daerah Parit Buntar dimana 12 orang kaki tangan hospital telah hadir diketuai oleh Dr Amani Binti Abd Halim untuk sesi menderma darah.sehingga akhir waktu majlis berlansung, seramai 44 individu telah hadir untuk menderma darah dan menurut Dr Amani, angka 44 orang yang hadir untuk menderma darah merupakan satu angka di luar jangkaan dan ini menunjukkan penganjuran program seperti ini perlu diteruskan secara berkala bagi sama-sama membantu disamping mewujudkan kerjasama dan kemesraan antara masyarakat dan warga kerja kementerian kesihatan.

Untuk sesi pemeriksaan kesihatan percuma meliputi pemeriksaan tekanan darah,kencing manis dan kaunseling, Pihak Pejabat Kesihatan Daerah melalui Klinik Kesihatan Telok Medan diketuai oleh Sister Zaiton telah hadir bersama 6 orang kakitangan lain bagi turut serta menjayakan hari Kesihatan yang dianjurkan. Dilihat kepada kehadiran orang ramai terutama warga emas untuk mendapatkan pemeriksaan percuma sewajarnya program seperti ini dijalankan secara berkala dan diteruskan.Menurut orang ramai yang hadir, rata-rata mereka memuji penganjuran program yang dijalankan kerana mereka merasakan mereka lebih mudah untuk mendapatkan rawatan dan nasihat mengenai kesihatan disamping lokasi yang dipilih berhampiran dengan rumah masing-masing tanpa perlu mereka pergi ke klinik-klinik yang agak jauh dari rumah.

Hari Kesihatan ini juga turut mendapat kerjasama dari Pihak Klinik Darus Syifa Cawangan Kamunting yang menjalankan rawatan dan perubatan Islam dimana seramai 6 orang pengamal perubatan Darus Syifa telah hadir di ketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Zakaria Nasirudin.Sambutan kepada rawatan yang dijalankan oleh pihak Darus Syifa juga amat baik dan ini membuktikan perubatan secara Islam juga telah diterima oleh orang ramai.Kehadiran warga penduduk sekitar Selinsing yang tidak putus-putus untuk berjumpa dengan pengamal-pengamal Perubatan darus Syifa jelas mebuktikan yang penagnjuran program Hari kesihatan ini perlu diteruskan.

Program ini berakhir sekitar jam 2.oo petang diakhiri dengan sedikit jamuan makan tengari kepada semua kaki tangan hospital,pejabat kesihatan daerah dan pengamal Darus Syifa dan penyampaian cenderahati.

Pihak Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Selinsing dan seluruh warga kerja MTD dan Pusat Pendidikan Islam Selinsing sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Hari Kesihatan ini terutama kepada kaki tangan Hospital Daerah Parit Buntar, Pejabat Kesihatan Daerah, Staff Klinik Daerah Telok Medan dan Pihak Klinik Darus Syifa. Diharapkan kerjasama yang dijalinkan ini akan dapat diteruskan di masa-masa akan datang untuk bersama-sama memberi khidmat kepada masyarakat.

Berikut ialah sisipan gambar sekitar program hari Kesihatan yang telah dijalankan.InsyaAllah gambar-gambar lain akan menyusul untuk terbitan galeri foto program sedikit masa lagi:


PROGRAM DERMA DARAH






PEMERIKSAAN KESIHATAN






PERUBATAN DARUS SYIFA