30 Januari 2011

HUJUNG MINGGU YB



Bagi individu lain, hujung minggu biasanya ialah masa yang diperuntukan untuk istirehat bersama keluarga, namun bagi YB Tuan Haji Husin Bin Haji Din, hujung minggu bukanlah alasan untuk menghalang beliau dari turun padang menziarahi anak buah di kawasan, bertanya khabar.gambar di atas ialah rakaman ketika sesi ziarah YB kerumah salah seorang penduduk di Kampung Parit 3 Selinsing, Puan Emas Binti Hamzah yang berusia 60 tahun yang uzur akibat sakit tua yang tinggal bersama suami beliau Encik Mat Isa Bin Arshad 70 tahun yang setia menemani isteri beliau yang uzur.Dalam sesi ziarah ini YB sempat meluangkan masa sekitar 30 minit bersama pasangan suami-isteri tersebut berbual-bual bertanya khabar dan mendengar luahan hati kedua-dua suami isteri tersebut.



MENGHADIRI MAJLIS WALIMATULURUS SAUDARA





Hujung minggu yang lalu juga, YB dan kedua-dua isteri juga bersama anak-anak sempat menghadiri satu jemputan walimatul urus saudara yang dilansungkan di Dewan Komuniti Kamunting bagi meraikan kedua-dua pasangan pengantin dan keluarga.YB dan keluarga sempat merakamkan gambar kenang-kenangan bersama pasangan pengantin ketika menghadiri majlis tersebut.



MERASMIKAN MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN PARIT HAJI TAHIR







Dalam kesibukan melaksanakan tugas-tugas berdepan masyarakat, tugas-tugas parti tidak dilupakan, hujung minggu lalu juga, YB selaku Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Bagan Serai telah berkesempatan memenuhi jadual merasmikan mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Parit Haji Tahir Bagan Serai. Dalam sesi perasmian tersebut juga, YB berkesempatan menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada ahli-ahli PAS di cawangan tersebut yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban sara hidup seharian.Gambar-gambar diatas yang dirakamkan oleh krew adunselinsing.blogspot.com adalah di sekitar majlis perasmian dan penyampaian sumbangan tersebut.




MENGHADIRI MAJLIS WALIMATULURUS DI RUMAH BESAN




Satu lagi majlis walimatulurus yang sempat dihadiri YB dan keluarga yang berlansung di Beruas, Perak di rumah besan YB.




MERASMIKAN MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN PARIT ALI KALANG



Pada sebelah malam pula, YB sempat merasmikan satu lagi mesyuarat agong PAS Cawangan Parit Ali Kalang Bagan Serai.

27 Januari 2011

ZIARAH KEMATIAN MENDIANG CHUA YEEW CHAI


YB husin menyapa tetamu yang hadir menziarahi mendiang



kehadiran YB Husin disambut mesra oleh masyarakat tempatan dan ahli keluarga mendiang



YB Husin bersama keluarga mendiang

Kuala Gula, 27 Januari 2011, Satu lagi sesi ziarah kematian sempat di hadiri oleh YB Haji Husin Bin Haji Din bersama rombongan di perkampungan nelayan Kuala Gula.Selesai menunaikan solat Isyak berjamaah di Masjid Kuala Gula, YB dan rombongan bergerak menuju ke rumah mendiang Chua Yeew Chai, 72 tahun yang meninggal akibat sakit tua.

Turut sama dalam rombongan kali ini ialah Mr. Beh Heng Kin, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bagan Serai dan ahli dewan, Imam Masjid Kuala Gula yang mesra dengan panggilan Pak Din, dan AJK MTD Selinsing.

Setibanya rombongan YB disana, tetamu-tetamu yang turut hadir menziarahi mendiang menyambut mesra rombongan yang hadir dan YB sempat bersalaman dengan mereka sebelum bertemu dengan ketua masyarakat Cina di sana dan juga ahli keluarga mendiang yang lain.

Menurut ahli keluarga, mendiang meninggal dunia di usia 72 tahun akibat sakit tua.YB dan rombongan difahamkan mendiang akan di bawa ke tanah perkuburan pada 29 Januari 2011,sementara menanti ahli keluarga dan sahabat handai yang lain hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

YB dan rombongan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang Chua Yeew Chai dan mengharapkan mereka semua bersabar di atas kehilangan mendiang.

Hampir 40 minit YB dan rombongan berada di khemah diperkarangan rumah mendiang untuk sesi ziarah tersebut dan sebelum berangkat pulang sekali lagi YB dan rombongan bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Gambar-gambar diatas adalah antara gambar yang sempat dirakamkan oleh krew adunselinsing.blogspot.com untuk disiarkan bagi sesi ziarah yang telah dihadiri untuk tatapan pembaca blog ini.

YB dan warga kerja Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Selinsing sekali lagi ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang.

25 Januari 2011

PERASMIAN PERSATUAN KESELAMATAN SUKARELA RAKYAT BAGAN SERAI

Bagan Serai, 23 Januari 2011( Ahad ) - YB Tuan Haji Husin Bin Haji Din telah berkesempatan menghadiri jemputan Perasmian Persatuan Keselamatan Sukarela Rakyat Bagan Serai yang di adakan di Dewan Chin Sean Kok ,Jalan Jetty Bagan Serai . Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Supt. Mat Fauzi Bin Nayan, Ketua Polis Daerah Kerian.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Mr. Beh Heng Kin dan kaki tangan Polis Diraja Malaysia dari IPD Bagan Serai bagi memberi semangat kepada persatuan keselamatan yang telah dilancarkan.Penubuhan persatuan keselamatan ini adalah bertujuan untuk mengawal keselamatan penduduk sekitar kawasan Bagan Serai melalui kerjasama ahli-ahli persatuan dan juga penduduk setempat bagi membantu tugas-tugas PDRM dalam mengawal kejadian jenayah daripada berlaku di sekitar kawasan Bagan Serai.

Dalam Majlis tersebut Ketua Polis Daerah Kerian , Supt Mat Fauzi Bin Nayan telah menyampaikan ucapan perasmian beliau dan di ikuti dengan gimik perasmian upacara pemotongan riben perasmian oleh Ketua Polis Daerah Kerian bersama dengan wakil persatuan, wakil penduduk dan juga YB ADUN Selinsing, penyampaian cenderahati kepada wakil-wakil yang terlibat dan jamuan ringan untuk semua yang hadir.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar majlis perasmian tersebut yang sempat dirakam oleh krew adunselinsing .blogspot.com :





















PERPISAHAN KAKI TANGAN PPK GUNONG SEMANGGOL







Simpang Empat, Semanggol, 24 Januari 2011- Selaku Ahli Jemaah Pengarah ( AJP ) PPK Gunong Semanggol, YB Haji Husin Haji Din telah berkesempatan meraikan salah seorang kaki tangan PPK Gunong Semanggol, Puan Norhafiza Bt Husin yang memilih untuk berhenti kerja setelah berkhidmat lebih 13 tahun di PPK Gunong Semanggol / Selinsing untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan tugas-tugas seorang isteri dan ibu.

Majlis telah berlansung di pejabat PPK Gunong Semanggol dengan kehadiran Ahli Jemaah pengarah dan semua kakitangan yang lain bagi meraikan Puan Norhafiza.Majlis bermula dengan ucapan ringkas Pengarah, ucapan dari Puan Norhafiza untuk kesemua yang hadir , penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada Puan Norhafiza dan sedikit jamuan.

Gambar-gambar di atas merupakan rakaman sekitar majlis perpisahan tersebut.

23 Januari 2011

KHIDMAT MASYARAKAT TERUS DIBERIKAN

Selinsing-dalam kesibukan menjalankan amanah dan kerja-kerja seharian yang lain, YB Haji Husin Bin Haji Din sekali lagi berkesempatan meluangkan masa untuk bersama beberapa orang pelajar sekolah rendah sekitar Selinsing yang datangnya dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan persalinan seragam sekolah baru.

Bersama kedua-dua isteri, YB meluangkan masa hampir 2 jam di Kedai Ridzuan Uniform di Taiping bagi menemani dan melayan kerenah "anak-anak" memilih pakaian seragam sekolah yang sesuai untuk dipakai bagi meneruskan pengajian di sekolah masing-masing untuk sesi persekolahan 2011 yang telah bermula hampir sebulan.

Jelas terpancar kegembiraan diwajah "anak-anak" yang dibawa untuk mendapatkan seragam sekolah yang baru walaupun sesi persekolahan telah bermula lebih 2 minggu dan ketika bermulanya sesi persekolahan yang lalu mereka tidak berkemampuan untuk menukar pakaian seragam kerana keluarga kurang berkemampuan seperti rakan-rakan yang lain.

Wajah ceria "anak-anak" yang dibawa oleh YB dan kedua-dua isteri ketika bersama-sama memilih pakaian seragam di kedai milik Encik Nizam sempat dirakamkan oleh pengiring YB untuk dimuatkan dalam adunselinsing.blogspot.com untuk tatapan bersama pengunjung-pengunjung blog ini.

Bagi pihak Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Selinsing dan juga peribadi YB Selinsing, kami ingin merakamkan ucapan jutaan Terima Kasih kepada Encik Nizam Abdullah , pemilik kedai Ridzuan Uniform di atas sumbangan yang diberikan bersama dan kesudian beliau meluangkan masa untuk bersama-sama ketika YB,kedua-dua isteri dan "anak-anak" hadir di kedai.

Berikut ialah gambar-gambar ketika di kedai milik encik Nizam yang sempat dirakamkan.














19 Januari 2011

FITNAH TERBARU DARI BLOGGER PRO UMNO

19.01.2011 Rabu; Pagi tadi YB Husin dihubungi oleh wartawan dari Utusan Meloya bertanyakan kesahihan berita yang dibawa oleh blogger pro umno menyatakan bahawa YB Husin kemungkinan besar akan keluar PAS. berita tersebut boleh dibaca disini . YB Husin menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan tersebut dan memaklumkan bahawa isteri beliau telahpun menjadi ahli PAS dan akan membawa mertua beliau untuk menyertai PAS dalam masa terdekat ini. Ini bukanlah masanya untuk memikirkan keluar parti kerana jika betul ianya benar, kenapa tidak YB menerima tawaran wang ringit kerana YB pernah menerima tawaran RM 5 juta untuk bersama-sama UmNO ketika baru memenangi pilihanraya ke12 yang lalu.Ini jelas bahawa,isu YB Selinsing akan menyertai UmNo hanyalah propaganda UmNo sendiri untuk meraih simpati pengundi bagi menghadapi PRU 13.

YB Husin juga menyangkal tuduhan blogers pro UmNo tersebut yang menyatakan beliau pernah mengutuk Dato' Zaili Cha membeli Proton Perdana selepas beberapa bulan memenangi Pilihanraya 2004.

14 Januari 2011

GAMBAR DI LOKASI ADUN SELINSING KEMALANGAN







gambar-ganbar di lokasi kemalangan melibatkan YB Hj Husin Bin Haji Din, ADUN Selinsing.Keadaan kereta YB kelihatan remuk teruk di bahagian depan akibat melanggar pokok selepas hilang kawalan.Ketika catatan blog ini dibuat, YB berada di Balai Polis Trafik Bagan Serai untuk membuat laporan dan seterusnya beliau akan mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik bagi memastikan beliau tidak mengalami sebarang masalah kesihatan akibat kemalangan yang dialami.Sama-sama kita memanjatkan doa agar YB tidak mengalami sebarang masalah kesihatan untuk terus berkhidmat kepada masyarakat di DUN Selinsing.

Menemani beliau ketika ini untuk membuat laporan dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan ialah pegawai khas beliau Encik Mohamad Padli Aziz