24 November 2010

ZIARAH KEMATIAN MENDIANG TAY KIM SENG

Bagan Serai , 24 November 2010-YB Tuan Haji Husin Bin Haji Din, ADUN Selinsing, YB Tuan Haji Ramli Bin Haji Tusin , ADUN Gunong Semanggol serta rombongan telah berkesempatan meluangkan masa untuk menziarahi satu lagi kematian masyarakat kaum Cina di Jalan Jetty berhampiran dengan bangunan Pejabat Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bagan Serai.

Turut serta dalam sesi ziarah tersebut ialah Puan Hajjah Latifah Bt Salleh, isteri YB ADUN Gunong Semanggol, Puan Hajjah Rohaya Bt Bakar, Ketua Dewan Muslimat PAS Bagan Serai, Mr. Beh Heng Kin, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bagan Serai dan beberapa orang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bagan Serai.

Ketibaan rombongan disambut mesra oleh kaum keluarga mendiang dan juga tetamu-tetamu yang turut hadir menziarahi dan memberi penghormatan terakhir.

Menurut waris, mendiang meninggal dunia pada usia 86 tahun di rumah beliau di Jalan Jetty akibat sakit tua pada hari Selasa lalu, 23 November 2010.Menurut waris juga pada ketika sesi lawatan, kesemua ahli keluarga terdekat telah tiba dan mendiang dijangkakan akan disemadikan di tanah perkuburan di Taiping pada hari Sabtu yang akan datang.

Dikesempatan itu juga, kedua-dua YB sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir dan berada di sana sekitar 30 minit.Berikut ialah beberapa gambar sekitar sesi ziarah tersebut :












03 November 2010

LAWATAN AHLI JEMAAH PENGARAH PPK GUNONG SEMANGGOL / SELINSING KE LADANG PADI SIME DARBY SUNGAI GEDONG

4 November 2010 - Sungai Gedong,Seramai lapan orang individu yang merupakan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK ) Gunong Semanggol / Selinsing telah mengadakan satu lawatan ke Ladang Padi milik Sime Darby yang terletak di Pekan Sungai Gedong yang telah mula beroperasi.Lawatan yang diadakan adalah bertujuan untuk meninjau kerja-kerja di petak-petak sawah dan melihat sendiri teknologi yang diguna pakai oleh pihak pengurusan ladang dalam menjalankan projek tanaman padi yang di usahakan oleh pihak Sime Darby.

Kesemua lapan orang Ahli Jemaah Pengarah termasuk GM PPK Gunong Semanggol / Selinsing tiba di ladang padi tersebut pada jam 9.00 pagi dan di sambut oleh beberapa kaki tangan ladang disusuli dengan taklimat ringkas mengenai perjalanan kerja di ladang.

Turut serta dalam lawatan ini ialah YB Tuan Haji Husin Bin Haji Din, ADUN Selinsing yang juga merupakan salah seorang Ahli Jemaah Pengarah PPK Gunong Semanggol / Selinsing.Berikut adalah beberapa gambar yang sempat di rakam semasa sesi lawatan ke Ladang Padi Sime Darby, Sungai Gedong :