13 Januari 2010

MB RAKYAT MELAKUKAN KUNJUNGAN KE BAGAN SERAI

Selasa; 12.01.10 Menteri Besar Rakyat, Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin meluangkan masa hampir separuh hari bersama rakyat di Parlimen Bagan Serai. Bermula jam 3.00 petang beliau bertemu dengan petugas-petugas pilihanraya Wanita Pakatan Rakyat di Dewan Ustaz Abdul Wahab Noor, Masjid Tinggi. dalam ucapan beliau di majlis tersebut, beliau menyeru kepada semua petugas-petugas semuanya baik muslimat,wanita,muslimin dan pemuda supaya bersedia kerana pilihanraya negeri perak akan berlaku bila-bila masa sahaja.

Ketibaan YAB Hj Nizar disambut oleh Pimpinan Wanita Pakatan rakyat Bagan Serai.





















Ketua Dewan Muslimat PAS Bagan Serai dan Ketua Wanita PKR Bagan Serai menyampaikan ucapan aluan.










YAB Dato' Seri Hj Nizar menyampaikan Motivasi kepada Wanita Pakatan Rakyat



Antara Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir








Sebahagian wanita Pakatan rakyat yang hadir pada petang itu.





Selepas itu beliau bergerak menuju pekan Bagan Serai untuk bertemu dengan masyarakat bukan melayu di Jalan Jetty, Bagan Serai.

YAB Dato' Seri Hj Nizar disambut Ketua Dewan Perhimpunan Penyokong PAS Bagan Serai, Mr Beh Heng Kin









YAB Dato' Seri Hj Nizar bermesra dengan penduduk di Medan Selera JAlan Jetty, Bagan Serai



Kemudian terus ke pasar hari di pekan Alor Pongsu untuk bertemu penduduk disana. Selepas mengimamkan solat Maghrib di Masjid Jame' Changkat Lobak, beliau di minta untuk menyampaikan tazkirah.

YAB Dato' Seri Hj Nizar menyampaikan Tazkirah kepada jemaah di Masjid Jame' Changkat Lobak, Mukim Beriah.

Pasar Gerbang Malam di Pusat Bandar Bagan Serai anjuran MDK menjadi destinasi seterusnya, disini beliau betemu dengan pengunjung dan peniaga dan memberi rangsangan kepada peniaga supaya terus berusaha mencari rzeki yang halal.

YB Dato' Seri Hj Nizar dikerumuni pengunjung Pasar Gerbang Malam


YB Dato' Seri Hj Nizar bermesra dengan peniaga di Pasar Gerbang Malam, Bagan Serai

Acara seterusnya beliau menyampaikan ceramah Hijrah di Pusat Pendidikan Islam Selingsing (PUPIS)


10 Januari 2010

SUMBANGAN BASIKAL UNTUK ANAK YATIM PIATU

Selasa; 5 Januari 2009 Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Bagan Serai dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS telah menyampaikan sumbangan berbentuk basikal kepada 3 beradik yatim piatu. Anak-anak yatim tersebut yang sekarang tinggal bersama bapa saudara mereka di Kampung Teluk, Selinsing. Menurut Sdr Mohd Sopi bin Aftu, Setiausaha Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Bagan Serai, sumbangan tersebut adalah dari individu tertentu yang bersimpati dengan nasib mereka apabila terbaca dalam artikel terdahulu.


YB Haji Husin Din sampai bersama Ketua dan Setiausaha Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Bagan Serai


YB Hj Husin menyampaikan basikal kepada anak-anak yatim tersebut sambil diperhatikan oleh bapa saudara mereka.

03 Januari 2010

Kampung Telok, Selinsing; Anak yatim piatu dari Kampung Telok, Selinsing menerima sumbangan dari YB Haji Husin Din berupa pakaian sekolah. ketiga-tiga anak yatim piatu yang masih bersekolah menengah dan rendah ini yang tinggal bersama bapa saudara mereka mendapat perhatian dari PAS Cawangan Kampung SamaGagah dan PAS Kawasan Bagan Serai.


Ketiga-tiga beradik gembira mendapat pakaian baru bergambar bersama YB Haji Husin Din


Rombongan dari MTD N12 Selinsing dan Jawatankuasa Cawangan Kampung SamaGagah hadir sama dalam majlis tersebut.