23 Oktober 2011

DHPP BAGAN SERAI MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT INDIA

Ahad; 23 Oktober 2011, Bagan Serai, Satu majlis penyampaian sumbangan kepada masyarakat india di Parlimen Bagan Serai telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang dianjurkan oleh DHPP Perak dengan kerjasama DHPP Bagan Serai serta PAS Kawasan Bagan Serai ini berjaya menyampaikan sumbangan kepada 40 orang masyarakat india di sini. Majlis yang penuh bermakna ini dihadiri oleh rakyat berbilang bangsa menunjukkan bahawa slogan PAS FOR ALL diterima oleh semua masyarakat. Pesuruhjaya PAS Perak yang menjadi tetamu khas pada petang itu turut menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin dan seterusnya menggagihkan barangan sumbangan kepada penerima yang terlibat. turut hadir dalam majlis tersebut seperti YB Zainuddin ( ADUN Lubok Merbau merangkap pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak) Ust. Fakharuddin (Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Perak) serta Jawatankuasa DHPP Perak.


Kehadiran pesuruhjaya disambut oleh gendang india

Ustaz Abu Bakar Husin sedang menyampaikan ucapan kepada hadirin

Sdr Nallirajah memberi ucapan dalam bahasa tamil

En. Beh Heng Kin selesai mengalungkan bunga ke leher PJ sambil diperhatikan oleh YB Zainidin dan YB Husin

Sebahagian ahli kumpulan gendang india memberikan persembahan sebaik
Pesuruhjaya PAS Perak tiba

En. Nalli bersedia menyampaikan sumbangan kepada penerima

Pesuruhjaya PAS Perak, Ust Abu Bakar Husin
menyampaikan sumbangan kepada penerima

YB Husin Din menyampaikan sumbangan





En. Beh Heng Kin menyampaikan cenderahati kepada Pesuruhjaya

Sebahagian penerima bergambar kenangan bersama Pimpinan PAS Perak dan Pimpinan DHPP Perak

07 Oktober 2011

ZIARAH MANGSA KEBAKARAN DI LADANG SOON LEE

Ladang Soon Lee, Bagan Serai. 7/10/2011. Kebakaran yang berlaku di rumah saudara Krisnasamy@Maniam a/l Seenivasagam di Lot 269 Kampung Soon Lee, Jalan Kuala Kurau. Selepas dimaklumkan oleh Mr. Beh Ketua DHPP Bagan Serai, YB Husin terus bergegas ke tempat kejadian bagi meninjau kerosakan yang di alami. Menurut anak mangsa yang tinggal bersama beliau kejadian kebakaran yang disebabkan oleh litar pintas itu berlaku kira-kira jam 3.30 petang semalam. En. Krisnasamy yang tinggal bersama isteri, seorang anak dan 3 orang cucu dirumah tersebut selamat dan tidak ada kecederaan yang dialami.

keadaan dalam rumah mangsa yang musnah teruk



YB Husin menyampaikan sedikit sumbangan bagi membantu keluarga mangsa

06 September 2011

SAMBUTAN HARI RAYA EIDULFITRI 1432H YB TUAN HAJI HUSIN B HAJI DIN ( ADUN SELINSING ) & YB TUAN HAJI RAMLI BIN HAJI TUSIN ( ADUN GUNONG SEMANGGOL )

Kepada semua pengunjung blog adunselinsing.blogspot.com adalah dengan ini dijemput bagi menghadiri majlis sambutan Eidulfitri 1432 YB Tuan Haji Husin Bin Haji Din & YB Tuan Haji Ramli Bin Haji Tusin seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 11 September 2011 / 13 Syawal 1432H
masa : 10.00 pagi hingga 1.30 tengah hari
Tempat : Dewan Ustaz Wahab Nor ( Markas PAS Masjid Tinggi )

Kepada semua pengunjung blog ini dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan majlis.Terima Kasih

21 Ogos 2011

GALERI FOTO KONVOI KEBAJIKAN SEMPENA RAMADHAN


Selinsing- 21 Ogos 2011, Pusat Pendidikan Islam Selinsing ( PUPIS ) dan seluruh warga kerja Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Kawasan Selinsing ( MTD Selinsing ) sekali lagi mencipta sejarah terbaru kerana berjaya menganjurkan mini konvoi bermotor skuad kebajikan bersama pemuda-pemuda PAS Selinsing sempena Ramadhan 1432.

Bermula dengan sesi taklimat perjalanan di perkarangan PUPIS semua peserta dikumpulkan untuk taklimat akhir perjalanan dan gerak kerja penyampaian bantuan yang disampaikan oleh pihak penganjur dan hampir 50 orang pemuda bermotosikal menghadirkan diri bagi bersama-sama menjayakan program yang dirancangkan.

Turut serta di dalam konvoi ini ialah YB Tuan Ahji Husin Bin Haji Din ADUN Selinsing yang mengetuai perjalanan dan misi penyampaian bantuan barangan keperluan dapur dan sedikit 'duit raya' kepada mereka-mereka yang terpilih dan amat memerlukan bantuan bagi menyambut kehadiran aidilfitri yang akan tiba.

Bermula perjalanan sekitar jam 9.30 pagi konvoi bergerak ke lokasi-lokasi dan rumah yang telah dipilih bagi program ini.Pada sebelah tengahari peserta konvoi dan rombongan singgah di Masjid Sungai Perotan untuk solat zohor berjemaah dan konvoi diteruskan sehingga ke sebelah petang dan kembali berkumpul di PUPIS untuk solat asar dan bersama-sama menyediakan juadah bagi berbuka puasa.

Selesai berbuka puasa, sekali lagi peserta konvoi sempat berjemaah maghrib seterusnya bersama-sama menunaikan solat isyak dan solat sunat tarawih serta sedikit tazkirah ringkas.

Program ini diakhiri dengan jamuan 'moreh' yang disediakan oleh salah seorang penyumbang budiman yang berniat mengadakan kenduri dan selesai jamuan makan semua peserta program dan pihak penganjur bersurai sekitar jam 10.30 malam.

Pihak penganjur merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dan seluruh warga kerja MTD dan Kakitangan PUPIS yang turut sama menjayakan program yang dirancangkan.