21 Ogos 2011

GALERI FOTO KONVOI KEBAJIKAN SEMPENA RAMADHAN


Selinsing- 21 Ogos 2011, Pusat Pendidikan Islam Selinsing ( PUPIS ) dan seluruh warga kerja Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Kawasan Selinsing ( MTD Selinsing ) sekali lagi mencipta sejarah terbaru kerana berjaya menganjurkan mini konvoi bermotor skuad kebajikan bersama pemuda-pemuda PAS Selinsing sempena Ramadhan 1432.

Bermula dengan sesi taklimat perjalanan di perkarangan PUPIS semua peserta dikumpulkan untuk taklimat akhir perjalanan dan gerak kerja penyampaian bantuan yang disampaikan oleh pihak penganjur dan hampir 50 orang pemuda bermotosikal menghadirkan diri bagi bersama-sama menjayakan program yang dirancangkan.

Turut serta di dalam konvoi ini ialah YB Tuan Ahji Husin Bin Haji Din ADUN Selinsing yang mengetuai perjalanan dan misi penyampaian bantuan barangan keperluan dapur dan sedikit 'duit raya' kepada mereka-mereka yang terpilih dan amat memerlukan bantuan bagi menyambut kehadiran aidilfitri yang akan tiba.

Bermula perjalanan sekitar jam 9.30 pagi konvoi bergerak ke lokasi-lokasi dan rumah yang telah dipilih bagi program ini.Pada sebelah tengahari peserta konvoi dan rombongan singgah di Masjid Sungai Perotan untuk solat zohor berjemaah dan konvoi diteruskan sehingga ke sebelah petang dan kembali berkumpul di PUPIS untuk solat asar dan bersama-sama menyediakan juadah bagi berbuka puasa.

Selesai berbuka puasa, sekali lagi peserta konvoi sempat berjemaah maghrib seterusnya bersama-sama menunaikan solat isyak dan solat sunat tarawih serta sedikit tazkirah ringkas.

Program ini diakhiri dengan jamuan 'moreh' yang disediakan oleh salah seorang penyumbang budiman yang berniat mengadakan kenduri dan selesai jamuan makan semua peserta program dan pihak penganjur bersurai sekitar jam 10.30 malam.

Pihak penganjur merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dan seluruh warga kerja MTD dan Kakitangan PUPIS yang turut sama menjayakan program yang dirancangkan.