18 November 2008







KUALA GULA, 17 NOV 08 ; Malam semalam saya bersama-sama anggota gerak kerja MTD Selinsing telah menziarahi salah seorang masyarakat Tiong Hua yang kematian ibunya di Kuala Gula Selinsing. Kedatangan kami disambut dengan rasa berbesar hati oleh masyarakat di situ. Harapan dengan adanya lawatan ziarah sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan masyarakat Tiong Hua dengan wakil rakyat kawasan.

17 November 2008

BAGAN SERAI, 16 NOV 08 ; Semalam telah diadakan majlis perasmian Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat kawasan Bagan Serai. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yb Tuan Haji Mohd Zainuddin Bin Mohd Yusof selaku Exco Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan. Bagi menyerikan lagi majlis tersebut pihak penganjur telah mengadakan pertandingn seperti pertandingan memasak,gubahan dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Pada hari itu juga diadakan majlis penyerah cek dermasiswa bagi anak-anak perak yang dapat melanjutkan pelajaran ke ipta tempatan.



penyerahan cek dermasiswa

pertandingan gubahan turut diadakan
pertandingan mewarna untuk kanak-kanak

pertandingan baju hiasan

05 November 2008

5 syarat berbuat maksiat.

"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata: "
Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?
"Ibrahim bin Adham berkata:
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA.
"Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.Ibrahim kembali berkata kepadanya:"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?""Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab: "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?""Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?""Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?""Baiklah, apa syarat yang kelima?"Ibrahim pun menjawab: "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.
Malam semalam telah diadakan satu majlis perjumpaan ramah mesra antara adun selinsing beserta ajk-ajk cawangan/mtd bertempat di dewan baru Pupis,Selinsing. Tujuan diadakan majlis tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Yb dan ahli-ahli gerak kerja dun selinsing. Turut diundang 2wakil dari dun Semanggol. Di samping itu juga dengan adanya majlis sebegini Yb dapat menyampaikan sedikit sebanyak maklumat dari kerajaan negeri untuk disampaikan terus kepada ahli-ahli bawahan bagi melancarkan lagi pentadbiran kawasan. Diharap majlis sebegini dapat diadakan secara berterusan disamping perancangan gerak kerja yang lain. Antara muslimin yang hadir.

Muslimat juga turut berkesempatan menghadirkan diri.