24 Julai 2009

Kenduri Makan Durian.




Bertempat di rumah Pakteh Lie Sg Kepar, MTD Selinsing telah mengadakan program jom makan durian bersama-sama dengan masyarakat setempat bermula selepas zohor sehingga jam 5 petang. Turut hadir ialah Yb Tuan Haji Husin Adun Selinsing dan Yb Tuan Haji Ramli Tusin Adun G.Semanggol. Semoga dengan program sebegini dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.


20 Julai 2009

Isra` Mikraj




Semperna mengingati peristiwa israk mikraj, ADUN Selinsing telah menganjurkan satu majlis ilmu bertempat di Masjid Kuala Gula. Majlis tersebut diadakan selepas solat maghrib dan dihadiri lebih kurang 150 orang. Penceramah jemputan disempurnakan oleh Ustaz Sobri b. Hj Sabran.

Sukan Badminton




Pertandingan badminton persahabatan antara kampung-kampung di DUN Selinsing telah berlangsung dengan jayanya di kampung Sama Gagah. Pertandingan tersebut ditaja sendiri oleh ADUN Selinsing Yb Haji Husin B Din pada 19/7/09 jam 9.00 malam. Pada hari itu juga wakil SPR di ketuai oleh saudara Fauzi ( PPS ) telah datang bagi melancarkan pendaftaran untuk pengundi-pengundi baru yang layak mengundi.

19 Julai 2009

Majlis Tahlil,berzanji dan kesyukuran.


ADUN Selinsing sempat meluangkan masa menghadirkan diri di majlis kesyukuran, tahlil dan berzanji sempena meraikan kelahiran anak Ismail bin Haji Zainon di Kubu Gajah, G.Semanggol.

17 Julai 2009

Ziarah.

Rombongan yang terdiri dari ADUN Selinsing dan Muslimat MTD Selinsing menziarahi warga emas Pn.Halijah di Kampung Sg Baru, Selinsing.

16 Julai 2009

Hari ini..




Bersempena program Ds Ir M.Nizar B. Jamaluddin di Parit Buntar, beliau berkesempatan mengimami solat maghrib di Masjid Jamek Bagan Serai dan seterusnya menziarahi masyarakat kaum cina yang kematian keluarga. Bertempat di Markas Kelab Penyokong Pas Bagan Serai antara yang turut hadir ialah ADUN Selinsing, Yb Hj Husin Din, ADUN G.Semanggol, Yb Hj Ramli Tusin dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Yb Hj Mohsin Fadzli.