24 Ogos 2010

ZIARAH MANGSA KEBAKARAN DAN MANGSA KEMALANGAN



Yb Husin Din, ADUN Selinsing, Ustaz Zawawi Abu Hassan, Ketua Pemuda PAS Perak merangkap Ketua Pemuda Kawasan Bagan Serai dan Encik Azrai ,Penyelaras PASTI serta wakil PASTI Kawasan Bagan Serai di tapak rumah mangsa kebakaran



Ahli-ahli rombongan hadir ke dewan orang ramai yang menjadi tempat berteduh sementara mangsa kebakaran untuk menyampaikan sedikit sumbangan.





Wakil muslimat yang hadir dalam rombongan tersebut menyampaikan sedikit sumbangan kepada wakil keluarga mangsa kebakaran.




YB Husin Din menyampaikan sumbangan untuk wakil keluarga mangsa kebakaran sambil diperhatikan wakil PASTI & Ketua Pemuda PAS Kawasan Bagan Serai serta ahli rombongan yang lain.


ZIARAH SAUDARA RIDZUAN YANG KEMALANGAN




Ahli rombongan tiba di rumah Encik Ridzuan dan disambut keluarga beliau



YB Husin Din mewakili rombongan yang hadir menyampaikan sumbangan kepada Encik Ridzuan



YB Husin Din dan ahli rombongan bergambar bersama Encik Ridzuan dan keluarga sebelum berangkat pulang.


SELINSING - Sabtu, 22 Ogos 2010 YB Husin Din telah berkesempatan untuk hadir bersama Ustaz Zawawi Bin Abu Hassan,Ketua Pemuda PAS Perak merangkap Ketua Pemuda PAS Bagan Serai serta wakil dari PASTI Kawasan Bagan Serai bagi dua majlis menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga yang ditimpa musibah di dalam kawasan DUN Selinsing.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil muslimat DUN Selinsing bagi tujuan ziarah dan juga menyampaikan sumbangan tersebut.

Keluarga pertama yang diziarahi ialah keluarga Encik Umar dan Puan Zaiton di Kampung Sama Gagah Selinsing dimana rumah yang didiami mereka hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran yang memusnahkan semua bahagian rumah dan keperluan harian mereka.

Kini, semua ahli keluarga mereka ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Sama Gagah untuk tempat berteduh sementara sebelum ikhtiar lain diusahakan bagi penempatan mereka bagi menggantikan rumah mereka yang hangus terbakar.

Selesai menyantuni keluarga mangsa kebakaran tersebut, kesemua ahli rombongan tersebut meneruskan misi penyerahan bantuan kepada keluarga Encik Ridzuan di Kampung Sungai Pinang dimana beliau telah ditimpa musibah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dan menyebabkan kecederaan yang memerlukan beliau bergerak menggunakan kerusi roda untuk setiap urusan seharian.

Dalam kedua-dua ziarah tersebut, rombongan telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan juga sedikit barang-barang keperluan harian bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kdua-dua keluarga tersebut.

Tiada ulasan: