04 Ogos 2010

ZIARAH KEMATIAN KAUM CINA DI SUNGAI GEDONG

YB Tuan Haji Husin sedang beramah mesra bersama jiran tetangga mendiang yang turut hadir menziarahi mendiang.



Beberapa penduduk kampung melayu berhampiran dan juga AJK PAS Cawangan Sungai Kepar turut hadir mengiringi YB Haji Husin menziarahi kematian tersebut.



Yb Tuan Haji Husin dan Pengerusi Dewan Hinpunan Penyokong Pas Bagan Serai, Mr. Beh Heng Kin menyantuni penduduk setempat yg turut hadir




Mr. Beh memberi sedikit penerangan kepada YB Haji Husin mengenai mendiang ketika sesi ziarah tersebut.




Sungai Gedong- 4 April 2010, YB ADUN Selinsing , Tuan Haji Husin Bin Haji Din telah berkesempatan menziarahi satu lagi kematian di Taman Gedong Indah, Sungai Gedong. Menurut maklumat yang diperolehi, mendiang yang berusia sekitar 70 tahun meninggal dunia akibat penyakit kanser yang turut dihidapi oleh anak mendiang Mr. Ng Tiam Chai yang kini berusia 41 tahun dan tinggal bersama dengan mendiang di Taman Gedong Indah sebelum ini. Mendiang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping dan dijangkakan akan disemadikan pada hari Jumaat.

Turut serta dalam sesi ziarah tersebut ialah Mr. Beh Heng Kin, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bagan Serai dan rombongan beliau serta beberapa AJK PAS Cawangan Sungai Kepar.

Di kesempatan tersebut juga, YB Haji Husin sempat duduk semeja bersama masyarakat kaum Cina yang hadir menziarahi kematian tersebut sekitar 30 minit dan dikesempatan itu juga YB sempat berbual dan bertanya khabar mereka.Masyarakat kaum Cina disitu juga kelihatan amat senang menyambut kehadiran YB Haji Husin serta rombongan. Wakil keluarga mendiang dan penduduk di situ mengucapkan terima kasih diatas kehadiran YB Haji Husin serta rombongan.

Sesi ziarah tersebut berakhir sekitar jam 10.15 minit malam dan sebelum pulang, sekali lagi YB Haji Husin merakamkan ucapan takziah kepada kaum keluarga mendiang dan bersalaman dengan semua tetamu yang hadir pada malam tersebut.

Tiada ulasan: