23 Mac 2010

NISA' BAGAN SERAI ANJUR HARI MEMANCING KELI AFRIKA

Nisa' Bagan Serai menganjurkan program hari memancing ikan keli afrika di Kolam Haji Sulaiman, Masjid Tinggi.



Nama Program : Hari Memancing Ikan Keli Afrika (Terbuka)
Tarikh : 4 April 2010 (ahad)
Masa : 8.30 pagi Hingga 1.00 Tengahari
Tempat : No 84 Jalan Taiping Masjid Tinggi, ( Kolam Hj Sulaiman)
Hadapan Taman Serai Zamrud

Hadiah yang di tawarkan

Tempat Pertama : RM 350.00
Tempat Kedua : RM 250.00
Tempat Ketiga : RM 150.00

Borang Penyertaan boleh didapati di;
1. Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat PAS Bagan Serai
2. Butik Sri Indah (AVON) Bagan serai
3. Markas PAS Masjid Tinggi
4. Kedai Fotostat Solehin ( Semanggol)
5. SMS Nama, Alamat, No. K/P ke 013-4673404

Untuk keterangan lanjut sila hubungi;
1. Cik Puan Ana : 017-5728631
2. Puan Mazni : 013-4673404

DAFTAR SEGERA, TEMPAT TERHAD

18 Mac 2010

SUMBANGAN KEPADA WARGA EMAS

Ahad; 14 Mac 2010. Majlis Penyerahan sumbangan kepada warga emas yang dirancang oleh Lajnah Kebajikan PAS Kawasan dan beberapa orang sahabat telah diadakan di Kampung Tebuk Rimba, Selinsing. Seramai 12 orang warga emas menerima sumbangan dari YB Husin Din. Majlis ringkas yang diadakan di Kampung tersebut turut dihadiri Jawatankuasa MTD N12 Selinsing itu Sumbangan yang di sumbangkan oleh Kedai Syeikh Saaid Yamani, Bagan Serai berupa barangan makanan harian.




11 Mac 2010

ZIARAH MANGSA RIBUT

Khamis 11 Mac 2010, Ribut yang melanda kawasan Bagan Serai dan melibat beberapa buah rumah di Lorong Sekolah SMKAI pada lewat petang tadi. Setelah dimaklumkan oleh seorang penduduk saya terus bergegas kesana dan melihat sendiri keadaan rumah yang rosak. Kebanyakan rumah yang rosak melibatkan bumbung rumah mereka diterbangkan angin, ribut yang disertai hujan mengakibatkan air memenuhi ruang rumah mangsa. Seorang mangsa En.Anderia a/l Lazaras memaklumkan ribut yang melanda berlaku sekitar jam 5.30 petang menyebabkan sebahagian bumbung rumah beliau diterbangkan angin dan menyebabkan rumah beliau basah disirami air hujan. YB menasihati penduduk yang terbabit supaya bersabar dan menjaga hartabenda terutama barangan elektrik.


YB Husin melihat keadaan rumah seorang mangsa



En Anderia a/l Lazaras

Keadaan bumbung rumah Anderia yang rosak teruk

10 Mac 2010

SOLAT HAJAT BAGI MENDESAK YB MOHSIN MELETAK JAWATAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN BAGAN SERAI

AKAN DI ADAKAN SEPERTI BUTIRAN BERIKUT

TARIKH : 13 MAC 2010 ( SABTU MALAM AHAD)

MASA : BERMULA DENGAN SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH

TEMPAT: BALAI KULIAH TASSAWUR ISLAMI ( BAKTI )
SIMPANG EMPAT SEMANGGOL, PERAK

SEMUA MUSLIMIN / MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

TETAMU UNDANGAN : AL-FADHIL USTAZ HAJI AHMAD AWANG

07 Mac 2010

LAGI SIRI DESAKAN KEPADA YB MOHSIN SUPAYA MELETAK JAWATAN

Kg Sungai Bogak 7 Mac 2010; Satu lagi himpunan pengundi-pengundi P058 mendesak YB Hj Mohsin MP Bagan Serai supaya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen. Lebih 200 orang pengundi hadir pada petang tadi di perkarangan rumah sdr Abd Karim di Kg Sungai Bogak. Siri Himpunan seperti ini mungkin akan diteruskan di beberapa tempat lain disamping majlis bacaan yassin dan solat hajat selama 7 hari 7 malam yang telah disusun.

YB Haji Husin Din menyampaikan ucapan kepada hadirin

YB Hj Ramli Hj Tusin turut hadir dan memberikan sokongan moral kepada hadirin


YB Yunus Jamhari Adun Kuala Kurau turut hadir (gambar Ihsan dari albanjari)



Muslimat PAS dan wanita Keadilan yang menyertai demonstrasi mendesak YB Mohsin meletak jawatan




anak muda yang bertungkuslumus memenangkan anda dalam pru12 meminta anda meletak jawatan



Luahan hati pengundi P058 kepada YB Mohsin

Seluruh pengundi P058 sudah tidak mempercayai anda lagi

04 Mac 2010

DESAKAN KEPADA MOHSIN SUPAYA MELETAK JAWATAN


Gambar Haji Mohsin yang telah dibakar


Yb Selinsing memberi ucapan di hadapan pejabat Haji Mohsin, Bagan Serai.



Rakyat dari berbilang bangsa mendesak Haji Mohsin melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai



Bagan Serai 4Mac 2010; Satu demo mendesak supaya Yb Hj Mohsin Fadli Ahli Parlimen Bagan Serai meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan menyerahkan kembali hak memilih pemimpin kepada rakyat bagan serai. lebih 500 orang pengundi Parlimen Bagan Serai hadir bagi menyatakan sokongan kepada desakan tersebut.

03 Mac 2010

04 Mac 2010

Solat Hajat Dan Bacaan Yassin

18 Rabiulawal 1431H

Solat hajat dan bacaan Yassin akan diadakan khas untuk Ahli Parlimen Bagan Serai (yang khianat kepada PR) pada :

Tarikh : 4hb Mac, 2010 (Khamis malam Jumaat)
Waktu : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Athar, Masjid Tinggi

Semua dijemput hadir.

27 Februari 2010

BALU ALLAHYARHAM AMRI MENDAPAT PERHATIAN YB

Telok Seribu 2; 28 Feb 2010. Balu Allahyarham Mohamed Amri bin Arman mendapat perhatian YB Husin Din, Puan Salasiah bin Hj Baharum, yang baru kematian suami beberapa hari lepas dikunjungi YB dan Setiausaha Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Bagan Serai ( Mohd Soupi bin Aftu)
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak, 2 orang darinya masih bersekolah. YB menyampaikan sidikit sumbangan kepada keluarga Allahyarham bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga tersebut. Kepada keluarga tersebut YB menasihati supaya bersabar dan menerima ketentuan Allah dan mengingatkan agar sentiasa mengingati Allah nescaya Allah akan sentiasa ingat akan kita.


YB Husin Menyampaikan sedikit sumbangan kepada balu Allahyarham Amri sumbangan dari Lajnah Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Serai

Selepas itu YB sempat singgah di rumah seorang ibu tunggal Pn Amasiah Bt Amin yang mempunyai anak SindromDown. Nor Kartini Bt Sulaiman yang berusia hampir 12 tahun itu mengalami penyakit tersebut sejak kecil lagi. Kanak-kanak tersebut hanya minum susu yang disalurkan melalui hidungnya. ibu tunggal yang tidak bekerja dan dibantu oleh anak sulungnya, manakala anak ke dua dan ketiga masih bersekolah. Beliau yang menerima bantuan dari JKM masih memerlukan sumbangan dari orangramai bagi meringankan beban yang ditanggungnya.


Pn Amasiah bersama anaknya. lihat dipipi kanak-kanak tersebut yang nampak tiub yang disalurkan melalui hidung untuk minum susu.

19 Februari 2010

ADUN PAKATAN RAKYAT MERAIKAN TAHUN BARU CINA


17 Februari 2010. YB Pakatan Rakyat Daerah Kerian telah menghadiri jemputan makan malam sempena Tahun Baru Cina di rumah Pengerusi Dewan Perhimpunan Penyokong PAS Bagan Serai,Encik Beh Heng Kin. Antara yang hadir adalah YB Haji Ramli Tusin dan isteri (Semanggol), YB Haji Husin Din(Selinsing),YB Yunus Jamhari(Kuala Kurau) dan juga YB Khalil Idham dan isteri(Titi Serong). Turut hadir pada malam tersebut Pengerusi Sekretariat Pakatan Rayat Bagan Serai Sdr Mohd Nasib Rahim, Pengerusi DAP Bagan Serai Mr George A/l Loise, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Bagan Serai Sdr Abd Karim bin Mohd Ibrahim dan beberapa pimpinan PAS, PKR, dan DAP

Pada majlis tersebut jelas melambangkan semua kaum di Malaysia boleh hidup bersama dalam keadaan rukun dan damai. Kaum Cina, Melayu dan India dapat duduk bersama dan bertukar-tukar fikiran. Kesungguhan pemimpin pakatan rakyat dalam menyatukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa telah menjadi keutamaan. Bertepatan dengan firman Allah swt dalam surah Al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


Sebelum berangkat pulang diadakan pula sesi bergambar antara ADUN PR dengan pemuda dari kaum Cina.

07 Februari 2010

PESANAN PENTING DS NIZAR KEPADA RAKYAT PERAK

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak.

Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.

Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.

Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.

Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya.

Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!

Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.

Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)! Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!

Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

06 Februari 2010

DS Nizar Tidak Akan Mengaku Kalah

Setahun sudah berlalu selepas kerajaan pimpinannya tumbang, tetapi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan beliau sama sekali tidak akan mengaku kalah.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider di rumah sewanya di Sungai Rokam dekat sini, Nizar berkongsi perjuangan sebenar beliau dan sebab beliau tidak mudah menyerah kepada Barisan Nasional (BN).

“Mereka (BN) adalah perampas kuasa. Mereka mahu simpan (Perak) ini dengan mereka. Perak bukan milik mereka.

“Ia adalah milik rakyat tetapi ia menunjukkan bahawa mereka tidak kisah pasal perkara itu.


“Pakatan Rakyat (PR) dari awal-awal lagi konsisten mengenai apa yang kami mahukan. Kami mahu pembubaran mengikut undang-undang, ia merupakan cara terbaik untuk menyelesaikan krisis,” kata bekas menteri besar ini sempena temu bual setahun selepas kerajaan negeri pimpinannya beralih tangan.

PR masih menganggap kejadian tahun lalu itu sebagai satu rampasan kuasa.


Ahli Parlimen Bukit Gantang ini menuduh penggantinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak menghormati Perlembagaan dan sistem demokrasi, malah tidak peduli tentang rakytat.

“Sebenarnya beliau telah merampas hak rakyat dan dia tidak menghormati undang-undang sama sekali,” kata Nizar yang dilantik sebagai anggota Dewan Rakyat selepas kerajaan negeri tumbang.

Pilihan raya kecil Bukit Gantang diadakan dua bulan selepas kerajaan negeri Perak tumbang.

Wakil PAS ini, salah satu komponen PR, juga mengakui krisis politik di Perak sudah berlarutan terlalu lama tetapi menegaskan, pihaknya tidak akan mengaku kalah dengan mudah.

“Jika kami mahu melakukannya, kami sudah tentu telah melakukannya dari hari pertama. Tetapi disebabkan ini adalah kes di mana kuas
a dirampas dan kami tahu siapa pencurinya, jadi kami perlu mendapatkan semula,” katanya.

Nizar menegaskan beliau sama sekali tidak akan mengaku kalah.

Dengan berseloroh, Nizar berkata hanya orang yang tidak siuman akan duduk dan membiarkan seorang pencuri berarak menunjukkan barang-barang yang dicurinya.

“Bayangkan ada seorang datang ke rumah kamu dan mencuri kereta anda, dan anda tahu siapa pencuri itu. Adakah anda hanya mahu duduk dan mengatakan bahawa ‘tidak mengapa, saya akan benarkan dia memandu (kereta) selama setahun...’” katanya.

Nizar menjelaskan, jika kerajaan PR membiarkan BN untuk menguruskan pentadbiran, ia akan mencetuskan tanggapan palsu mengenai kestabilan.


“Ya, urusan lain berjalan seperti biasa, perniagaan berjalan tetapi pada asasnya krisis masih wujud,” katanya.

“Jadi yang mana satu baik? Berada di mana anda berada sekarang, mengenal pasti krisis atau tinggal bersama kestabilan yang direka semata-mata,” katanya.

Bagaimanapun Nizar mengakui perjuangan yang dilakuinya meletihkan.

Ayah kepada lapan anak ini hanya tidur kurang daripada tiga jam setiap hari bagi memastikan tanggungjawabnya tertunai antara siri ceramah, khidmat sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, tugas parti dan kehidupan keluarganya.


“Ia bukan soal penat (semata-mata) tetapi ia (juga) mendatangkan pulangan. Saya menjangkakan bahawa jika tidak ada apa-apa berlaku ke atas diri saya, maka saya akan berkhidmat kepada rakyat Perak selagi saya terdaya kerana saya tidak boleh menerima hakikat bahawa negeri ini ‘diperkosa’ oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

“Sehingga dan kecuali ketidakjujuran dihapuskan, saya akan berada di sana.

“Saya tidak rela untuk melihat negara dan rakyat ini dipergunakan sebagai alat dan dipijak oleh perampas-perampas kuasa,”
katanya.


Sebagai seorang Muslim, Nizar berkata beliau tahu bahawa kewujudan seseorang di dunia ini adalah untuk tujuan-tujuan tertentu, untuk menegakkan kebenaran dan membanteras kejahatan.

Nizar berkata beliau tidak akan berkepit pada jawatan menteri besar buat selama-lamanya.

Sebaliknya kata Nizar, beliau bersedia untuk melepaskan jawatannya kepada mana-mana wakil PR yang layak untuk meneruskan peranan itu dengan syarat ikatan ini memenangi pilihan raya akan datang.


“Mengapa tidak? Kami di PAS tidak pernah berkata jawatan mente
ri besar hanya harus milik kami.

“Jika ada pemimpin lain yang berkaliber dan berupaya, maka dia boleh mengambil jawatan itu,” katanya.

Tanpa terlalu yakin, Nizar berkata beliau masih percaya bahawa rakyat negeri itu masih menyokong PR.


“Hari ini, di kawasan-kawasan luar bandar di mana sokongan Melayu lemah, keadaan sudah berubah. Orang ramai mula keluar untuk bersalam dengan saya,” katanya.

“Sebelum ini mereka percaya dengan fitnah-fitnah disebarkan Umno-BN bahawa saya menderhaka kepada Sultan dan saya boneka DAP,” katanya.

Tuan Guru Abu Bakar Hussain membacakan doa sebelum
ekspedisi bermula

Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersama-sama
mengaminkan doa untuk rakyat Perak

Ramai yang turut serta menghantar pimpinan berekspedisi
yang bermula di bawah pokok demokrasi

Muslimat juga turut serta bersama

Tuan Guru Haji Abu Bakar, Pesuruhjaya Pas Perak mengetuai
bas ke selatan bersama Ustaz Misbah, Sdr Mustafa Kamil Ayub
dan pimpinan yang lain.

YB Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong yang menjadi
'pemandu pelancong' kami hari ini

Bas XPDC Jelajah Daerah yang membawa pimpinan
Pakatan Rakyat bertemu rakyat
DS Nizar semasa tiba di perkarangan letak kereta di Bagan Serai