19 Februari 2010

ADUN PAKATAN RAKYAT MERAIKAN TAHUN BARU CINA


17 Februari 2010. YB Pakatan Rakyat Daerah Kerian telah menghadiri jemputan makan malam sempena Tahun Baru Cina di rumah Pengerusi Dewan Perhimpunan Penyokong PAS Bagan Serai,Encik Beh Heng Kin. Antara yang hadir adalah YB Haji Ramli Tusin dan isteri (Semanggol), YB Haji Husin Din(Selinsing),YB Yunus Jamhari(Kuala Kurau) dan juga YB Khalil Idham dan isteri(Titi Serong). Turut hadir pada malam tersebut Pengerusi Sekretariat Pakatan Rayat Bagan Serai Sdr Mohd Nasib Rahim, Pengerusi DAP Bagan Serai Mr George A/l Loise, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Bagan Serai Sdr Abd Karim bin Mohd Ibrahim dan beberapa pimpinan PAS, PKR, dan DAP

Pada majlis tersebut jelas melambangkan semua kaum di Malaysia boleh hidup bersama dalam keadaan rukun dan damai. Kaum Cina, Melayu dan India dapat duduk bersama dan bertukar-tukar fikiran. Kesungguhan pemimpin pakatan rakyat dalam menyatukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa telah menjadi keutamaan. Bertepatan dengan firman Allah swt dalam surah Al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


Sebelum berangkat pulang diadakan pula sesi bergambar antara ADUN PR dengan pemuda dari kaum Cina.

Tiada ulasan: