Sdr Beh Heng Kin mengalu-alukan kehadiran tetamu dan penduduk kampung Lian Seng
17 Mei 2010
SOKONGAN RAKYAT KEPADA PAS TERUS MENINGKAT
Ahad 16 Mei 2010; Satu majlis pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS di Kampung Lian Seng, Bagan serai telah di sempurnakan oleh Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat Sdr Hu Pang Chow. Majlis yang berlangsung pada sebelah petang itu dihadiri lebih 60 orang penduduk kampung tersebut. Menurut Mr Beh Heng Kin, Pengerusi Dewan Himpunan penyokong PAS Bagan Serai, kampung tersebut didiami oleh majoriti kaum cina, memberi sokongan padu kepada Pas dan Pakatan Rakyat kerana hanya Pakatan Rakyat sahaja yang mampu memerintah dengan adil dan saksama. Majlis dimulai dengan ucapan Mr Beh Heng Kin selaku Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Bagan Serai, merangkap Timb. Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, beliau mengucapkan terima kasih kepada Sdr Hu Pang Chow kerana sudi hadir ke Bagan Serai. kemudian siri-siri ucapan ringkas di mulakan oleh YB Hj Ramli Hj Tusin, YB Hj Husin Bin Din dan Sdr Muhammad KY Tiang yang mewakili Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan jemputan khas Sdr Hu Pang Chow, beliau menyatakan bahawa fahaman sempit yang dibawa oleh Barisan Nasional sudah tidak releven lagi. Umno untuk melayu, MCA untuk cina dan MIC untuk India adalah parti perkauman yang sempit. sehubungan itu beliau menyeru kaum cina khususnya di Kampung Lian Seng ini menolak Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang.
Ketibaan Hu Pang Chow, YB Hj Ramli Hj Tusin,Yb Hj Husin Hj Din, Sdr Muhammad KY Tiang disambut oleh Sdr Beh Heng Kin






16 Mei 2010
WARGA EMAS PERLU PEMBELAAN SEGERA
Selinsing:17.05.2010; Seorang warga emas yang terlantar uzur di Kampung Sungai Perikan, Kampung Dew, Puan Ramlah Bt Mat Isa berusia 78 tahun memerlukan sumbangan segera. Menurut YB Haji Husin Din Adun Selinsing yang melawat beliau setelah dimaklumkan oleh cucu saudaranya kepada beliau. Kebetulan YB Hj Husin berada di kampung berhampiran kerana menziarahi kematian, terus menziarahi Pn Ramlah ini dan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi. YB Hj Husin menyeru kepada sesiapa yang ingin membantu Pn Ramlah ini bolehlah menyampaikan terus kepada Pn Ramlah yang tinggal di alamat 95 Kampung Sungai Perikan, Simpang Empat 34400 Semanggol, Perak. Setelah dimaklumkan kepada Baitulmal Bagan Serai, pegawai dari Baitulmal segera pergi melawat Pn Ramlah ini. YB Hj Husin Din amat terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Baitulmal Bagan Serai khususnya kerana cepat bertindak membantu Pn Ramlah. Menurut YB Hj Husin Din lagi Pn Ramlah yang sedang uzur ini memerlukan sumbangan bagi menampung kos susu, lampin pakai buang dan kos memasukkan tiub sebagai alternative untuk beliau makan. setiap kali menukar tiub tersebut beliau memerlukan kos sebanyak RM150.

01 Mei 2010
PELANCARAN DEWAN PERHIMPUNAN PENYOKONG PAS DI TAMAN SERI KURAU
1Mei2010 ; Satu majlis perjumpaan bersama masyarakat kaum india telah berlangsung di Taman Seri Kurau, Jalan Kuala Kurau. Perjumpaan yang di anjurkan oleh masyarakat setempat bagi membincangkan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS di taman berkenaan. Turut hadir pada majlis tersebut YB Mujahid Yusuf Rawa (Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat), YB Hj Husin Din ( Timbalan Yang DiPertua PAS Bagan Serai), Sdr Hamdan (Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar) Mr Ravinthran ( Jawatankuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS Bagan Serai).








YB husin Din dan Mr Ravi berbual mesra sementara menunggu YB Mujahid sampai.
Pengerusi majlis Mr ramesh mengalu-alukan kehadiran tetamu.
YB Mujahid menyampaikan ucapan kepada hadirin.
Mr Ravi turut diberi kesempatan menyampaikan ucapan
Majlis diakhiri dengan acara menyampaikan sumbangan kepada penduduk setempat
sumbangan berupa barangan keperluan harian yang disumbangkan oleh beberapa individu.
sumbangan berupa barangan keperluan harian yang disumbangkan oleh beberapa individu.
09 April 2010
MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN BAGAN SERAI KALI 55
10.4.2010, Markas Tarbiyyah PAS Masjid Tinggi, Mesyuarat agung PAS Kawasan Bagan Serai telah diadakan, seramai lebih 200 orang perwakilan hadir ke majlis tersebut. Majlis perasmian yang di sempurnakan oleh Tn Haji Asmuni Awi, AJK PAS Pusat, merangkap Pengarah Pilihanraya PAS Perak. Beliau menegaskan bahawa bahawa PAS sentiasa komited dalam menyertai pilihanraya, sebab pilihanraya merupakan peperangan yang mesti disertai oleh PAS.


Saudara Azami Kamaruddin mempengerusikan majlis perasmian
08 April 2010
SUMBANGAN KEPADA WARGA EMAS
7.4.2010; Kampung Selinsing, Satu majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas telah diadakan di sini dengan kerjasama PAS Cawangan Kampung Selinsing dan Majlis Tindakan Dun (MTD) Selinsing, Sumbangan berupa barangan keperluan harian ini adalah inisiatif dari Cawangan Kampung Selinsing dan MTD Selinsing.



MESYUARAT AGUNG PELADANG SELINSING/ SEMANGGOL
6.4.2010 Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Selinsing/Semanggol telah diadakan pada 6.4.2010 di Bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan bermula jam 9 pagi hingga 2 petang. Mesyuarat Agung yang mengadakan pemilihan, menyaksikan YB Haji Husin Din dipilih sebagai Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang yang baru. Seramai 7 orang Ahli Jemaah Pengarah yang dipilih pada mesyuarat agung tersebut oleh seramai 153 orang perwakilan, terdiri dari muka lama. Tuan Haji Mohd Desa Hashim dikekalkan sebagai Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan. Majlis dimulai dengan bacaan doa yang di bacakan oleh Ketua Unit, merangkap Ketua Kampung Sungai Baru Selinsing, Ustaz Salim bin Saad. Majlis perasmian telah disempurrnakan oleh Tn Haji Mohd Zaki bin Din, Pengerusi Petubuhan Peladang Negeri Perak.


antara perwakilan yang hadir pada majlis tersebut
Tn Haji Mohd Zaki bin Haji Din merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Selinsing/Semanggol
Pada majlis tersebut juga di adakan majlis penganugerahan sumbangan kepada anak-anak ahli Peladang yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan bagi tahun 2009.Tn Haji Mohd Zaki bin Haji Din merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Selinsing/Semanggol
04 April 2010
LAJNAH KEBAJIKAN PAS PERIHATIN
4.4.2010 Ahad; Selepas mendapat khabar tragedi ribut di Parit Haji Amin kelmarin,maka hari ini YB Ramli Hj Tusin (YDP) dan YB Husin (TYDP) pergi ke tempat kejadian untuk melihat sendiri apa yang berlaku dan juga menyampaikan sedikit sumbangan.Walaupun sumbangan itu tidaklah sebesar mana namun memandangkan rasa tanggungjawab sebagai pemimpin rakyat,ia tetap dilaksanakan dengan lapang dada.Turut mengiringi rombongan tersebut AJK Lajnah Kebajikan PAS Bagan Serai dan AJK PAS Cawangan Parit Haji Amin.







Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bagan Serai Tn. Hj. Husin bin Din, sumbangan berupa wang tunai dan sekampit beras yang diberikan kepada mangsa adalah sumbangan dari ahli PAS dan ihsan dari individu-individu tertentu. Beliau juga menyeru kepada ahli PAS khususnya di Kawasan Bagan Serai agar dapat membantu Lajnah Kebajikan PAS dengan menderma seberapa yang mampu.
YB melihat sendiri keadaan rumah mangsa yang dilanda ribut
03 April 2010
TAKLIMAT PINDAAN PERLEMBAGAAN PAS 2009
4.4.2010 Masjid Tinggi; Taklimat Pindaan Perlembagaan PAS 2009 yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan, telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz haji hassan Bin Shukri. Peserta yang terdiri daripada Ketua dan Setiausaha PAS Cawangan-cawangan dan AJK Pas Kawasan. Antara saranan beliau kepada ketua-ketua cawangan supaya memahami perlembagaan parti,


Ustaz Hassan menyampaikan taklimat kepada peserta
Antara Ketua Cawangan dan Setiausaha yang hadir
01 April 2010
MANGSA RIBUT TERIMA SUMBANGAN DARI PAS PERAK
Lebih kurang pukul 1030 pagi tadi,rombongan dari Lajnah Kebajikan PAS Negeri Perak datang ke kawasan Tebok Panchor untuk memberi sedikit sumbangan kepada mangsa ribut.Rombongan ini diketuai oleh Ustaz Haji Mustafa Shaari selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri,merangkap Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Negeri.Rombongan ini disambut oleh YB Ramli dan YB Husin.Selain itu,Ustaz Misbahul Munir(Setiausaha PAS Negeri),saudara Zamarul Aini(Pengarah Jabatan Amal Negeri),anggota Jabatan Amal negeri dan kawasan serta Nisa' kawasan Bagan Serai turut hadir bersama-sama.








Puan Nor Suriati Yusoff AJK Nisa' menyampaikan barangan keperluan kepada mangsa di Kg Padang Lalang sambil diperhatikan oleh Ust. Mustafa Saari, YB Hj Ramli Tusin, YB Hj Husin Din dan Hj Yusof Zainon ( Pengarah MTD N11)
Sumbangan adalah berupa wang ringgit dan barang keperluan asas yang diterima dari PAS Perak, PAS Kawasan Bagan Serai,Nisa' Kawasan Bagan Serai serta individu-individu yang prihatin.YB Ramli mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang yang sudi membantu.Hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.
disedut dari http://www.adunsemanggol.blogspot.com/
Ustaz Mustafa Saari ( Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Perak) menyampaikan sumbangan kepada mangsa di Parit Taliair Kanan
YB Haji Husin Din (Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Bagan Serai ) menyerahkan sumbangan
Cik Anafieda Othman Setiausaha Nisa' menyampaikan barangan keperluan harian kepada seorang mangsa ribut di Parit 1 Padang Lalang.
Sumbangan adalah berupa wang ringgit dan barang keperluan asas yang diterima dari PAS Perak, PAS Kawasan Bagan Serai,Nisa' Kawasan Bagan Serai serta individu-individu yang prihatin.YB Ramli mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang yang sudi membantu.Hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.
disedut dari http://www.adunsemanggol.blogspot.com/
Langgan:
Catatan (Atom)