17 Mei 2010

SOKONGAN RAKYAT KEPADA PAS TERUS MENINGKAT

Ahad 16 Mei 2010; Satu majlis pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS di Kampung Lian Seng, Bagan serai telah di sempurnakan oleh Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat Sdr Hu Pang Chow. Majlis yang berlangsung pada sebelah petang itu dihadiri lebih 60 orang penduduk kampung tersebut. Menurut Mr Beh Heng Kin, Pengerusi Dewan Himpunan penyokong PAS Bagan Serai, kampung tersebut didiami oleh majoriti kaum cina, memberi sokongan padu kepada Pas dan Pakatan Rakyat kerana hanya Pakatan Rakyat sahaja yang mampu memerintah dengan adil dan saksama. Majlis dimulai dengan ucapan Mr Beh Heng Kin selaku Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Bagan Serai, merangkap Timb. Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, beliau mengucapkan terima kasih kepada Sdr Hu Pang Chow kerana sudi hadir ke Bagan Serai. kemudian siri-siri ucapan ringkas di mulakan oleh YB Hj Ramli Hj Tusin, YB Hj Husin Bin Din dan Sdr Muhammad KY Tiang yang mewakili Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan jemputan khas Sdr Hu Pang Chow, beliau menyatakan bahawa fahaman sempit yang dibawa oleh Barisan Nasional sudah tidak releven lagi. Umno untuk melayu, MCA untuk cina dan MIC untuk India adalah parti perkauman yang sempit. sehubungan itu beliau menyeru kaum cina khususnya di Kampung Lian Seng ini menolak Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang.



Ketibaan Hu Pang Chow, YB Hj Ramli Hj Tusin,Yb Hj Husin Hj Din, Sdr Muhammad KY Tiang disambut oleh Sdr Beh Heng Kin


Sdr Beh Heng Kin mengalu-alukan kehadiran tetamu dan penduduk kampung Lian Seng


Sdr Lim Pek Ju mewakili penduduk Kampung Lian Seng menyampaikan cenderahati kepada Sdr Muhammad KY Tiang.


Wakil penduduk menyerahkan cenderahati kepada Hu Pang Chow


Bergambar kenangan selepas program berakhir


antara penduduk kampung yang hadir


Tiada ulasan: