03 September 2012

JAMUAN EIDULFITRI 1433H PAS KAWASAN BAGAN SERAI

Masjid Tinggi , Bagan Serai :13 Syawal 1433H bersamaan 31 Ogos 2012, sekali lagi Parti Islam Semalaysia   ( PAS ) Kawasan Bagan Serai telah berjaya mengadakan jamuan Eidulfitri seperti rutin tahunan sebelum ini. Bersempena dengan cuti umum kemerdekaan , bertempat di Dewan Ustaz Wahab Nor Masjid Tinggi ( Markas PAS Kawasan ) PAS Kawasan Bagan Serai menerima kunjungan tetamu yang amat yang ramai seperti tahun-tahun yang sebelumnya yang juga terdiri daripada pelbagai kaum dari kalangan penyokong dan ahli-ahli sekitar Daerah Kerian.

Antara tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis jamuan tersebut ialah Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Bin Jamaludin, Al-Fadil Ustaz Misbahul Munir Bin Masduki, Al-Fadil Tuan Guru Haji Kamarudin Bin Awang Basir, Al-Fadil Ustaz Wan Tarmizi, Al-Fadil Ustaz Ahmad Bin Ijam dan juga Mr. Beh Heng Kin serta rombongan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Bagan Serai.

Kehadiran tetamu pada jamuan tersebut dianggarkan sekitar 2000 orang sebaik bermula majlis seusai solat fardhu Jumaat dan majlis berlansung sehingga jam 4.00 petang. Hadirin dihidangkan dengan pelbagai jamuan yang disediakan oleh petugas-petugas jamuan , dan di antara menu yang disediakan ialah ketupat, lemang, rendang, mee goreng, teh tarik 'special' dan rata-rata hadirin yang hadir begitu berselera menjamah makanan yang disediakan disamping mendengar ucapan-ucapan ringkas dari saf pimpinan PAS Negeri dan Kawasan.

Pihak PAS Kawasan Bagan Serai melalui laman blog ADUN Selinsing dengan ini ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir pada majlis tersebut dan juga jutaan terima kasih kepada semua petugas-petugas majlis jamuan yang menjalankan amanah yang diberikan dengan cemerlang.semoga tradisi seperti ini akan dapat dikekalkan dan diteruskan pada masa-masa akan datang.insyaAllah.

Berikut ialah paparan gambar sekitar majlis yang telah berlansung pada Jumaat yang lalu :

































Tiada ulasan: