11 Januari 2012

ZIARAH MANGSA RUMAH DITIMPA POKOK KELAPA SAWIT

Sebuah rumah di Kampung Perlis, Bukit Merah ranap akibat ditimpa pokok kelapa sawit. mangsa en. Yahya bin Mat Isa,80 tahun tetap bersyukur kerana tidak berlaku kemalangan yang melibatkan jiwa. anak beliau yang menerima rawatan sebagai pesakit luar menerima 5 jahitan. Selepas dimaklumkan oleh penduduk setempat YB Husin terus bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kerja-kerja pembersihan telahpun selesai, beliau mengucapkan rasa simpati beliau kepada mangsa dan berharap En. Yahya sekeluarga bersabar dengan kejadian ini. Sedikit sumbangan disampaikan dari Lajnah Kebajikan PAS Kawasan dan PAS Cawangan Bukit Merah bagi meringankan beban beliau sekeluarga.

kerja-kerja pembersihan telah selesai

YB Husin Din menyampaikan sedikit sumbangan kepada En. Yahya

Tiada ulasan: