02 November 2009

Kampung Padree, Bagan Serai: Pembuangan sisa kelapa sawit di kawasan perkampungan menyebabkan kegelisahan beberapa orang penduduk Kampung Padree Bagan Serai. Dari tinjauan yang dibuat, kelihatan longokan tandan kelapa sawit yang ditinggalkan ditepi jalan. Keadaan ini menyebabkan bau busuk dan menjadi tempat pembiakan lalat. Longokan hampas kelapa sawit ini dipercayai dibuang oleh sebuah kilang memproses kelapa sawit berhampiran. Dimaklumkan ada beberapa orang yang mengalami sakit perut dan cirit birit. Dengan ini saya minta kerjasama dari pihak yang terlibat supaya menghentikan pembuangan sisa tersebut dan membersihkan semula sisa yang telah dibuang.


Longokan hampas kelapa sawit yang ditinggalkan di tepi jalan sepanjang jalan

Longgokan hampas kelapa sawit ini menutupi sebahagian jalan menyebabkan laluan menjadi sempit.

Tiada ulasan: