
Bertempat di Pupis, Selinsing telah diadakan majlis korban pada hari raya pertama. Penyembelihan diadakan pada sebelah petang, jumlah korban sebanyak 4 ekor lembu dan se ekor lagi pada keesokkan paginya.
Ustaz Abu Bakar Hussain ( Pesuruhjaya Pas Perak ) sedang memberikan sedikit penerangan mengenai majlis tersebut.Hari ini jam 3.30 petang telah berlangsung satu majlis julung-julang kali diadakan iaitu majlis pemimpin pas bersama media. Majlis yang berlangsung di Hotel Sri Malaysia, Ipoh dihadiri dari pelbagai rakan media bertujuan untuk membolehkan pimpinan tertinggi pas Perak bertukar-tukar fikiran, berkenal -kenalan dan mengembangkan idea bagi mengenal pasti pendekatan-pendekatan yang lebih berkesan dalam usaha menangani sebarang permasalahan yang melanda masyarakat di negeri Perak khususnya, begitu juga dalam menyebarluaskan fungsi dan peranan Pas dalam membawa agenda perubahan kepada masyarakat bagi membina sebuah negara yang terbaik serta mendapat keampunan dari Allah S.W.T.
YB Sivakumar sedang menyampaikan ceramah
antara penyokong yang hadir
Ustaz Abu Bakar Husin Pesuruhjaya PAS Perak turut hadir
YB Dato' Presiden merasmikan pelancaran "Orang Muda Geng Kita" peringkat Kawasan Bagan Serai.

YB Dato' Presiden menerima borang keahlian baru dari 3 cawangan baru