23 Januari 2011

KHIDMAT MASYARAKAT TERUS DIBERIKAN

Selinsing-dalam kesibukan menjalankan amanah dan kerja-kerja seharian yang lain, YB Haji Husin Bin Haji Din sekali lagi berkesempatan meluangkan masa untuk bersama beberapa orang pelajar sekolah rendah sekitar Selinsing yang datangnya dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan persalinan seragam sekolah baru.

Bersama kedua-dua isteri, YB meluangkan masa hampir 2 jam di Kedai Ridzuan Uniform di Taiping bagi menemani dan melayan kerenah "anak-anak" memilih pakaian seragam sekolah yang sesuai untuk dipakai bagi meneruskan pengajian di sekolah masing-masing untuk sesi persekolahan 2011 yang telah bermula hampir sebulan.

Jelas terpancar kegembiraan diwajah "anak-anak" yang dibawa untuk mendapatkan seragam sekolah yang baru walaupun sesi persekolahan telah bermula lebih 2 minggu dan ketika bermulanya sesi persekolahan yang lalu mereka tidak berkemampuan untuk menukar pakaian seragam kerana keluarga kurang berkemampuan seperti rakan-rakan yang lain.

Wajah ceria "anak-anak" yang dibawa oleh YB dan kedua-dua isteri ketika bersama-sama memilih pakaian seragam di kedai milik Encik Nizam sempat dirakamkan oleh pengiring YB untuk dimuatkan dalam adunselinsing.blogspot.com untuk tatapan bersama pengunjung-pengunjung blog ini.

Bagi pihak Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Selinsing dan juga peribadi YB Selinsing, kami ingin merakamkan ucapan jutaan Terima Kasih kepada Encik Nizam Abdullah , pemilik kedai Ridzuan Uniform di atas sumbangan yang diberikan bersama dan kesudian beliau meluangkan masa untuk bersama-sama ketika YB,kedua-dua isteri dan "anak-anak" hadir di kedai.

Berikut ialah gambar-gambar ketika di kedai milik encik Nizam yang sempat dirakamkan.














Tiada ulasan: