20 April 2011

KEMPEN ANTI SAMAN EKOR

Isnin; 18 Apr 2011, Bagan Serai, Majlis penerangan mengenai saman ekor telah diadakan di Parlimen Bagan Serai. Majlis yang bermula di Pejabat Dewan Himpunan Penyokong Pas, Jalan Jetty Bagan Serai, Majlis taklimat yang disampaikan oleh Sdr. Abdul Rahim Bin Nordin selaku Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Perak dan Sdr Zamri (Peguam bagi KASE). Taklimat khusus mengenai Saman ekor ini adalah anjuran Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Perak dengan kerjasama Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Bagan Serai, sessi dialog bersama penduduk setempat yang majoritinya kaum cina turut diadakan.

Selepas itu pengedaran risalah mengenai Saman Ekor dilakukan di tapak pasar malam Bagan Serai. Rata-rata masyarakat yang ditemui menyambut baik kempen ini dan mengharapkan pihak yang berkenaan mengambil langkah-langkah yang terbaik bagi membantu rakyat yang sememangnya telah terbeban dengan kenaikan harga barang dan sebagainya.

Majlis diteruskan pada sebelah malam dengan Taklimat dan Dialog mengenai Saman Ekor. Hak rakyat mengenai Notis saman ekor ini disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Perak, Sdr Aminuddin Zulkifli. Pelbagai soalan berkenaan saman ekor ditimbulkan oleh peserta dialog dan dijawab oleh Sdr Aminuddin.

Peguam Zamri sedang mengedarkan risalah kepada orangramai di Pasar Malam Bagan Serai

Sdr Abdul Rahim mengedarkan risalah saman ekor kepada pengunjung sambil berbual mesra dengan mereka


MPengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Bagan Serai, Mohd Rodi mengedarkan risalah


17 April 2011

PENYERAHAN SIJIL KEAHLIAN KEPADA AHLI BARU

17-04-2011 : Ahad, Satu majlis penyerahan sijil keahlian kepada ahli baru PAS telah diadakan dengan jayanya di Markas PAS Masjid Tinggi. Seramai 125 orang ahli baru menerima sijil keahlian masing-masing. Majlis yang dinamakan dengan "Majlis Silaturrahim Ahli Baru" di pengerusikan oleh Ustaz Mohd Sabri Bin Haji Sabran. Majlis di mulai dengan ucapan YDP PAS Kawasan YB Hj Ramli Hj Tusin dan diikuti dengan ucapan motivasi oleh Ustaz Rosidi Bin Husin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang dan majlis diakhiri dengan penyerahan sijil kepada ahli baru dan kepada wakil cawangan-cawangan yang terlibat.






10 April 2011

MANGSA BANJIR TERUS MENDAPAT PEMBELAAN DARI PAS BAGAN SERAI

Sabtu 9.4.2011; Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Bagan Serai terus menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Batu 40, Jalan Keretapi yang terjejas teruk dalam banjir yang lalu, hampir keseluruhan kampung berkenaan dinaiki air dan sebahagian besar penduduknya berpindah ke penempatan sementara di SK Bukit Merah. Kali ini bersama Pengurusan Balai Kuliah Tasawur Islami Simpang Empat Semanggol ( BAKTI) menghulurkan sumbangan berupa barangan makanan bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir tersebut. Hampir 30 keluarga yang terlibat di beriri sumbangan oleh YB Hj Husin Din selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Bg Serai. terima kasih juga kepada Pak Hashim dan ajk PAS Cawangan Bukit Merah yang membantu menunjuk arah.





KEBAKARAN DI PARIT EMPAT SELINSING

Juamat; 8.4.2011, Satu kebakaran yang berlaku di kampung Parit Empat, Selinsing mendapat simpati dari YB Husin Din, Beliau yang dimaklumkan berkenaan kebakaran tersebut terus bergegas ke tempat kejadian. Kebakaran yang berlaku pada jam 2.30 pagi itu memusnahkan sebahagian besar rumah kepunyaan Pn. Rosiah Binti Yahya. Beliau yang tinggal bersama 6 orang anaknya terselamat. Dalam kunjungan itu YB sempat meninjau kerosakan yang dialami oleh mangsa dan menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan harian dan sedikit wang untuk perbelanjaan keluarga beliau.



06 April 2011

ZIARAH KEMATIAN KAUM CINA DI BAGAN SERAI


Bagan Serai,6 April 2011-sekali lagi YB Tuan Haji Husin berkesempatan menziarahi satu lagi kematian di Bagan Serai Garden.

Turut serta ialah YB ADUN Gunong Semanggol Tuan Haji Ramli Tusin dan isteri serta Pengerusi Dewan Himpunan PAS Bagan Serai Mr. Beh Heng Kin.

Hampir 30 minit kedua-dua YB berada di kediaman mendiang bagi sesi ziarah yang dihadiri dan menyampaikan ucapan takziah kepadawaris mendiang.Pihak Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Selinsing dan Gunong Semanggol dan PAS Kawasan Bagan Serai juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada waris si mati.

Berikut ialah rakaman foto sekitar sesi ziarah yang dihadiri