27 Mac 2011

ZIARAH MANGSA BANJIR

Sebelum berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Program Seminar Pemerkasaan A'milin Kebajikan, YBuan Haji Husin juga telah berkesempatan turun padang bagi menziarahi mangsa banjir di sekitar kawasan Tebuk Pancur yang telah dipindahkan ke pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah.

YB dan juga rombongan juga berkesempatan beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan tersebut dan juga menyampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan seperti beras dan gula untuk kegunaan di pusat pemindahan tersebut.

Hampir 1 jam YB dan rombongan berada di pusat pemindahan tersebut sebagai tanda prihatin kepada masyarakat.

Berikut ialah rakaman gambar sekitar lawatan ke pusat pemindahan tersebut :



Gambar-gambar berikut ialah di kawasan kunci air Bukit Merah dimana air dari kolam dilepaskan ke aliran Sungai Kurau dan Terusan Pancur.







SEMINAR PEMERKASAAN 'AMILIN KEBAJIKAN PAS DAN PELANCARAN DANA KAMI PRIHATIN

26 Mac 2011-YB Tuan Haji Husin juga telah berkesempatan menghadiri Seminar Pemerkasaan A'milin Kebajikan PAS dan Pelancaran Dana Kami Prihatin yang telah diadakan di Hotel D'Palma, Ampang, Selangor.Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang.

Berikut ialah petikan artikel dari http://www.harakahdaily.net yang menjelaskan perlaksanaan program tersebut :

"Pimpinan PAS di semua peringkat perlu mengutamakan kebajikan rakyat atau mampu menyelesaikan masalah mereka seperti menyediakan kemudahan asas, bidang kerja, kesihatan dan pendidikan.


Sekiranya pimpinan PAS mampu melaksanakan keperluan masyarakat atau menjaga kebajikan mereka, pasti rakyat akan menyokong dan memberi mandat untuk memimpin negara.

Rakyat hari ini menagih dan dahagakan kebajikan manakala pemimpin yang dipilih hanya menjenguk mereka apabila tiba pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.

Kebajikan merupakan tonggak penting dalam kehidupan. Malangnya, kerja kebajikan seolah-olah dijadikan kerja `bermusim' bukan tugasan yang perlu diutamakan.

Pemimpin yang mementingkan kebajikan mampu mengubah pemikiran rakyat ke satu tahap perubahan jauh daripada penyelewengan, rasuah dan penipuan.

Ketika pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz wilayah pentadbirannya berada dalam kemakmuran sehingga sukar untuk menemui rakyatnya yang berhak menerima zakat.

Beliau hidup penuh kesederhanaan sehingga mampu melaksanakan negara berkebajikan dengan mengembalikan harta-hartanya untuk kepentingan seluruh umat Islam.

Menyentuh tentang kebajikan, Pemangku Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, dalam PAS aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan sepatutnya menjadi aktiviti kemasyarakatan terpenting selepas dakwah dan tarbiyah.

Katanya, apabila kebajikan rakyat diutamakan ia akan memberi kemudahan kepada PAS untuk melaksanakan program dakwah dan tarbiyah.

Beliau berkata, selama ini kerja penerangan dan dakwah kepada rakyat sukar diterima kerana hati mereka tidak dekat dengan PAS.

"Kita kurang mendekati masyarakat, tidak mengamalkan konsep ziarah sedangkan ziarah dengan membawa hadiah itu adalah mengikat kasih sayang," katanya.

Beliau menyarankan kepada pimpinan di semua peringkat supaya melakukan kebajikan kepada golongan memerlukan walaupun dengan bantuan yang sedikit.

Jika dilihat kejayaan beberapa parti politik di luar negara seperti di Palestin parti Hamas; di Indonesia, Partai Keadilan Sejahtera telah dipilih oleh rakyat dalam Pilihan raya umum negara tersebut hanya kerana parti tersebut mengutamakan atau menjaga kebajikan rakyat.

Menurut beliau, salah satu cara mendidik diri untuk bersama masyarakat adalah dengan melakukan kerja-kerja kebajikan.

"Kita tidak akan pergi jauh selagi kita tidak menggerakkan jentera akar umbi serta pimpinan di semua peringkat dengan kerja-kerja kebajikan," tegasnya.

Bagi mencapai impian supaya konsep Negara Berkebajikan dapat dilaksanakan oleh PAS, katanya, Lajnah Kebajikan akan mengadakan Seminar Pemerkasaan Amilin Kebajikan PAS dan Pelancaran `Dana Prihatin'.

Menurut beliau, seminar tersebut bertujuan menyatukan gerak kerja para amilin kebajikan PAS dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak supaya menjadi lebih teratur dan tersusun.

Program selama dua hari satu malam bermula 25 hingga 26 Mac akan diadakan di hotel D' Palma, Ampang dan diwajibkan kepada Lajnah Kebajikan PAS Pusat; Lajnah Kebajikan Dewan-Dewan PAS Pusat; Lajnah kebajikan negeri-negeri; Lajnah Kebajikan Kawasan; Nisa' Dewan Himpunan Penyokong PAS; Jabatan Amal; Yayasan Amal, Ahli Parlimen serta Adun PAS dan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat.

Seminar tersebut akan membuka laluan yang akan melonjakkan PAS ke satu tahap pencapaian lebih cemerlang bagi menunjukkan kepentingan aktiviti kebajian dan kemasyarakatan dalam menyampaikan dakwah serta menerangkan dasar PAS.

Justeru, Lajnah Kebajikan berharap para dermawan yang mahu mengeluarkan zakat individu boleh disalurkan terus kepada Kebajikan untuk memudahkan kerja-kerja membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun DANA KAMI PRIHATIN BIMB 12113010026150 atau hubungi urusetia, Zainal Abidin Rahmat 012 - 3135471."

Seterusnya ialah beberapa keping gambar dari lensa kamera YB yang sempat dirakamkan sekitar program yang telah dihadiri :






SAMBUTAN HARI POLIS KE-203 PERINGKAT IPD BAGAN SERAI

Bagan Serai-25 Mac 2011, YB Tuan Haji Husin telah berkesempatan menghadiri majlis sambutan Hari Polis Yang Ke-203 peringkat IPD Bagan Serai yang telah diadakan diperkarangan IPD Bagan Serai.

Turut hadir bersama semasa majlis tersebut ialah YB ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim.Majlis dimulakan dengan acara perbarisan dan diikuti dengan ucapan Ketua Polis Daerah Kerian dan diakhiri dengan sedikit jamuan ringan.

Berikut ialah beberapa gambar sekitar majlis tersebut yang sempat dirakamkan :





22 Mac 2011

TERKINI BANJIR DI BAGAN SERAI

23 Mac 2011 : Sehingga jam 11 am tadi


JUMLAH TERKINI MANGSA BANJIR DI BAGAN SERAI















DEWASA KANAK-KANAK
JUM KELUARGA PUSAT PEMINDAHAN
BIL NAMA KAMPUNG LELAKI WANITA LELAKI WANITA JUM
1 BATU 40, JALAN KERETA API 11 11 16 5 43 11 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
2 KAMPUNG PERLIS, BKT MERAH 1 1 0 0 2 1 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
3 PARIT MAT KELING 2 1 1 0 4 1 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
4 KAMPUNG TEBOK PANCHOR 3 2 1 2 8 2 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
5 KAMPUNG ALOR SETANGGOK 61 71 17 14 163 47 SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI DAHLAN
6 PARIT ABU HASAN BAN 12 13 11 5 41 12 DEWAN PEJABAT PENGHULU, ALOR PONGSU
7 PARIT ABU HASSAN 6 3 4 5 18 3 DEWAN PEJABAT PENGHULU, ALOR PONGSU
8 BATU 38, JALAN KERETA API 0 1 0 0 1 1 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
9 BATU 37, JALAN KERETA API 6 7 6 0 19 6 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
10 PARIT AIR HITAM 0 2 0 0 2 2 DEWAN PEJABAT PENGHULU, ALOR PONGSU

14 Mac 2011

KETAHUI HAK ANDA DALAM SAMAN EKOR

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Denda hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda… TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahkamah atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)