17 Disember 2008


Keadaan seorang tua yang keuzuran

Keadaan seorang penduduk kaum india setelah mengalami kemalangan terlantar di rumahnya.
Bagan serai 17 Dis 08 : Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, itu lah yang dapat digambarkan kepada beberapa orang penduduk di kampung Ladang Soon Lee, Bagan Serai. Atas dasar tanggungjawab saya dan beberapa petugas yang lain datang menziarahi penduduk kawasan tersebut dan memberikan sedikit sumbangan kepada mereka.



16 Disember 2008

Sekitar gambar perkahwinan anakanda YB Husin Din




Sabtu, 6 dis 08 : Alhamdulillah telah selesai sudah majlis walimah kedua anakanda fadhilah dan fairuz bersama pasangan masing-masing Suffian (Kota Tinggi,Johor) dan Riduan ( Beruas ). Majlis telah berlangsung pada sebelah pagi dan berakhir pada petangnya dlm keadaan cuaca yang baik. Tetamu yang hadir agak ramai juga berikut kali pertama mengadakan walimah sebesar ini. Turut hadir juga pada majlis tersebut MB Dato` Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin beserta anak dan isteri beliau. Tidak ketinggalan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dari-Nya. Ayananda berharap kedua-dua anakanda bahagia dunia akhirat dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah, insyaAllah.

18 November 2008







KUALA GULA, 17 NOV 08 ; Malam semalam saya bersama-sama anggota gerak kerja MTD Selinsing telah menziarahi salah seorang masyarakat Tiong Hua yang kematian ibunya di Kuala Gula Selinsing. Kedatangan kami disambut dengan rasa berbesar hati oleh masyarakat di situ. Harapan dengan adanya lawatan ziarah sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan masyarakat Tiong Hua dengan wakil rakyat kawasan.

17 November 2008

BAGAN SERAI, 16 NOV 08 ; Semalam telah diadakan majlis perasmian Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat kawasan Bagan Serai. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yb Tuan Haji Mohd Zainuddin Bin Mohd Yusof selaku Exco Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan. Bagi menyerikan lagi majlis tersebut pihak penganjur telah mengadakan pertandingn seperti pertandingan memasak,gubahan dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Pada hari itu juga diadakan majlis penyerah cek dermasiswa bagi anak-anak perak yang dapat melanjutkan pelajaran ke ipta tempatan.



penyerahan cek dermasiswa

pertandingan gubahan turut diadakan
pertandingan mewarna untuk kanak-kanak

pertandingan baju hiasan

05 November 2008

5 syarat berbuat maksiat.

"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata: "
Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?
"Ibrahim bin Adham berkata:
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA.
"Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.Ibrahim kembali berkata kepadanya:"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?""Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab: "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?""Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?""Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?""Baiklah, apa syarat yang kelima?"Ibrahim pun menjawab: "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.
Malam semalam telah diadakan satu majlis perjumpaan ramah mesra antara adun selinsing beserta ajk-ajk cawangan/mtd bertempat di dewan baru Pupis,Selinsing. Tujuan diadakan majlis tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Yb dan ahli-ahli gerak kerja dun selinsing. Turut diundang 2wakil dari dun Semanggol. Di samping itu juga dengan adanya majlis sebegini Yb dapat menyampaikan sedikit sebanyak maklumat dari kerajaan negeri untuk disampaikan terus kepada ahli-ahli bawahan bagi melancarkan lagi pentadbiran kawasan. Diharap majlis sebegini dapat diadakan secara berterusan disamping perancangan gerak kerja yang lain. Antara muslimin yang hadir.

Muslimat juga turut berkesempatan menghadirkan diri.



28 Oktober 2008

Datin Seri bersama muslimat menaiki bot meninjau kawasan banjir.

Penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.


Antara kawasan yang ditenggelami banjir.
Sabtu, 25 oktober 08 : Sabtu lepas Datin Seri Hajjah Fatimah Taat telah hadir semperna lawatan beliau melawat mangsa banjir di Bukit Merah.Lawatan beliau telah disambut oleh Ahli Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat Pas Perak.

13 Oktober 2008


Antara tetamu yang kelihatan pada majlis tersebut.
BAGAN SERAI, 12 Oktober 08 ; Majlis rumah terbuka Pas Cawangan Bagan Serai,Adun Selinsing dan Adun Semanggol telah diadakan di Dewan Ustaz Wahab Nor,Markas Pas Bagan Serai. Antara tetamu yang kelihatan YB Sum Cheok Leng Adun Bercham dan Exco Pemuda PAS Negeri Perak merangkap Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak Muhammad K.Y. Tiang



19 September 2008

BAGAN SERAI, 17 Sep 08 : Rabu lepas telah diadakan satu majlis penutup program penghayatan ramadhan yang telah diadakan di Masjid Parit Haji Taib 3.
Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah yang berdekatan.Majlis penutup tersebut disempurnakan pada jam 9 pagi dengan penyampaian cenderahati.
Program seperti ini patut diadakan lagi pada masa-masa yang akan datang supaya dapat menarik golongan muda mengenal dan memahami erti ramadhan yang sebenar.Mereka ini lah yang akan menjadi pemimpin,pelapis pada masa hadapan.

18 September 2008

KUALA KANGSAR, 16 Sept 08 : Satu majlis sambutan Nuzul Al-Quran peringkat Negeri Perak telah diadakan di masjid ubudiah,Kuala kangsar.


Majlis yang berlangsung pada sebelah petang dengan ketibaan YAB Menteri Besar Perak, D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak, D.Y.T.M Raja Muda Perak dan D.Y.A.M Raja Dihilir.Majlis berbuka puasa turut diadakan pada hari yang sama.


Pada sebelah malamnya pula diadakan solat tarawih dan diakhiri dengan keberangkatan tetamu VVIP dan VIP.


Keesokannya pula diadakan program qiamullail, bersahur, solat subuh berjamaah dan diakhiri dengan kuliah subuh.


17 September 2008

PARIT BUNTAR, 15 Sept 08 : Majlis penyampaian watikah telah diadakan di pejabat penghulu Bagan Serai. Majlis tersebut diadakan di sebelah petang dan dirasmikan oleh tuan pegawai Daerah Kerian. Turut sama hadir pada majlis tersebut Yb Haji Mohsin ahli parlimen Bagan Serai,Yb Haji Ramli Tusin adun G.Semanggol. Seramai 23 orang telah menerima watikah pelantikan ketua kampung bagi kawasan masing-masing.

14 September 2008





BAGAN SERAI, 13 sept 08 : Majlis berbuka puasa dan penyampaian cek kepada persatuan bekas perajurit tel
ah diadakan di pejabat koperasi bekas tentera,Bagan Serai.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh saya sendiri selaku Adun Selinsing.Dengan adanya sumbangan tersebut pihak persatuan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti mereka pada masa ha
dapan.Pada hari yang sama juga saya telah menyampaika
n sumbangan kepada persatuan isteri bekas-bekas tentera yang di kenali juga sebagai (Srikandi), bagi menjalankan aktiviti-aktiviti mereka.