28 Januari 2013

INDAHNYA ISLAM

PERTEMUAN TUAN GURU NIK AZIZ , BISHOP BUKTIKAN DUA AGAMA BOLEH BERBINCANG

Mohd Sabri Said,
29 Jan 2013

BAYAN BARU: Pertemuan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Bishop Wilayah Utara bagi Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan, Sebastian Josef di sebuah hotel semalam membuktikan dua agama boleh duduk berbincang dan berdialog.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Datuk Mujahid Yusuf Rawa berpendapat, kesediaan Tuan Guru Nik Aziz dan Sebastian Josef bertentang mata, berbual mengenai pengunaan kalimah Allah dan sebagainya merupakan permulaan sessi untuk pengenalan dialog sekiranya ada pihak ingin melaksanakan kerja mulia itu.

"Itulah kerja Rassullulah s.a.w untuk berdakwah bukan bersikap keras sehingga orang bukan Islam pandang serong terhadap keindahan yang ada dalam Islam.

"Saya juga harap selepas ini ada pertemuan yang lebih erat di mana jua termasuk dalam gereja sekalipun," katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Walaupun pertemuan itu terlalu ringkas namun katanya, kedua-duanya begitu teruja kerana masing-masing pertama kali bertemu serta berharap ianya akan berulang lagi demi memastikan kehidupan di dunia ini berada dalam keamanan dan kemakmuran.

Bagi Bishop Sebastian, jelas Ustaz Mujahid, pendirianya terhadap isu yang lebih besar seperti kes kehilangan anak, moral, jenayah, rasuah dan gejala remaja masa kini perlu difikirkan oleh semua agama dan bangsa berbanding isu yang boleh mencetuskan kecurigaan.

Bagi beliau, isu seperti kontroversi kalimah Allah boleh diselesaikan dengan senang sahaja asalkan wujud perbincangan.

Sikap positif Musyidul Am PAS jelasnya, memberi impirasi kepads Lajnah Perpaduan untuk terus bekerja menerangkan konsep yang dibawa oleh PAS mendepani  isu semasa
di negara ini.

"Kita kena bersikap terbuka dengan mana-mana agama supaya perhubungan dapat dijalinkan dengan lebih mesra.  Jangan pula sebagai umat Islam wujud prasangka dan perasaan sombong dengan agama lain.  Sikap sedemikian merugikan perjuangan terutamanya PAS kerana Malaysia mempunyai etnik berbilang bangsa, " tambahnya.

Tindakan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hendak bakar Bible yang ada Kalimah Allah disifatkan beliau satu tindakan yang 'gila' sebab ia tidak mewakili langsung kerahmatan Islam terhadap penganut agama lain.

Beliau juga mendesak Umno yang betul-betul mahu memperjuangkan kalimah Allah mengutuk kenyataan tersebut kerana ia akan memberi gambaran yang buruk terhadap agama Islam yang penuh dengan sifat rahmat di antara manusia.

Oleh  itu kata Mujahid, sejak 2010 lagi lajnah ini telah berusaha membuka pintu dialog supaya semua isu yang berkaitan agama diperbincangkan.

Untuk itu, hari Ahad lepas (27 Januari) Lajnah Perpaduan Nasional telah mengadakan pertemuan dan dialog di Gereja Laddy Fatima, Bintong di Kangar, Perlis serta pertemuan muhibbah dengan Ketua Agama Budha Perlis untuk menerangkan sikap keterbukaan PAS  untuk berdialog demi mencari titik persefahaman sesama sendiri.

"Kalau PAS mengambil sikap seperti Datuk Ibrahim Ali apa akan terjadi dengan urusan dakwah kita.  Tentu meresahkan kaum lain yang ada di Malaysia.  Lagipun kita memerlukan  sokongan mereka untuk menang pilihanraya yang membolehkan Pakatan Raykat berkuasa di Putrajaya," ujarnya lantang sambil memuji koodinator lajnahnya, Haji Abdul Rahman Kasim yang tidak jemu-jemu mengutus surat dan memohon pertemuan diadakan dengan tujuan yang murni.
SUMBER http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16372-pertemuan-tg-nik-aziz-bishop-buktikan-dua-agama-boleh-berbincang-

1 ulasan:

Unknown berkata...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK