08 April 2010

MESYUARAT AGUNG PELADANG SELINSING/ SEMANGGOL

6.4.2010 Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Selinsing/Semanggol telah diadakan pada 6.4.2010 di Bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan bermula jam 9 pagi hingga 2 petang. Mesyuarat Agung yang mengadakan pemilihan, menyaksikan YB Haji Husin Din dipilih sebagai Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang yang baru. Seramai 7 orang Ahli Jemaah Pengarah yang dipilih pada mesyuarat agung tersebut oleh seramai 153 orang perwakilan, terdiri dari muka lama. Tuan Haji Mohd Desa Hashim dikekalkan sebagai Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan. Majlis dimulai dengan bacaan doa yang di bacakan oleh Ketua Unit, merangkap Ketua Kampung Sungai Baru Selinsing, Ustaz Salim bin Saad. Majlis perasmian telah disempurrnakan oleh Tn Haji Mohd Zaki bin Din, Pengerusi Petubuhan Peladang Negeri Perak.

antara perwakilan yang hadir pada majlis tersebut
Tn Haji Mohd Zaki bin Haji Din merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Selinsing/Semanggol

Pada majlis tersebut juga di adakan majlis penganugerahan sumbangan kepada anak-anak ahli Peladang yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan bagi tahun 2009.

Tiada ulasan: